Selamatkan Anak-Anak Puan Loh Siew Hong dari Gangguan Islamofascist!!!

Selamatkan Anak-Anak Puan Loh Siew Hong dari Gangguan Islamofascist!!!
Why this petition matters
Kepada Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wanita, Rina Harun,
Segera suarakan sokongan untuk KEBEBASAN BERAGAMA ANAK-ANAK PUAN LOH SIEW HONG
Puan Loh Siew Hong, baru sahaja mendapat kembali hak penjagaan anak-anaknya baru-baru ini setelah bersusah payah untuk berjumpa mereka. Hari ini, akbar Malay Mail melaporkan bahawa dia terpaksa berhenti kerja kerana membimbangi keselamatan anak-anaknya. Dalam pada itu, terdapat anasir-anasir Islamofascist yang mengapi-apikan sentiment keagamaan dalam ‘mempertahankan akidah’ anak-anak Puan Loh.
Kami MENYOKONG hak mutlak* Puan Loh Siew Hong bersabit isu pilihan agama anak-anaknya sepertimana yang dimeterai undang-undang persekutuan.
Kami MENOLAK enakmen Syariah negeri Perlis yang membolehkan pengislaman sepihak (unilateral conversion). Seperti kata Professor Madya Undang-undang Universiti Malaya, Shad Saleem Faruqui, enakment ini diatasi oleh undang-undang persekutuan.
Kami MEMBANTAH kelakuan fanatik-fanatik agama yang mengapi-apikan sentimen keagamaan dan cuba kononnya ‘mempertahankan akidah dan memanggil Rakyat Malaysia untuk menyuarakan bantahan ini dengan lantang.
Kami Rakyat Malaysia.
Bersekutu Bertambah Mutu
Sila tonton video ini: https://vm.tiktok.com/ZMLD6cFrU/
*Kepada Melayu Islam Malaysia, fahamilah bahawa petisyen ini menepati prinsip-prinsip Al-Quran:
1. Menegakkan keadilan, samarata di antara setiap manusia (4/58, 4/135)
2. Tiada paksaan dalam agama (2/256, 10/99, 50/45)
Sokongi kami dan sokonglah prinsip hidup daripada Tuhan.