SELAMATKAN ANAK-ANAK MALAYSIA DARIPADA ROKOK

SELAMATKAN ANAK-ANAK MALAYSIA DARIPADA ROKOK

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
PUTERA MIVAS started this petition to M-COMMUNITY

SELAMATKAN ANAK-ANAK MALAYSIA DARIPADA ROKOK


Kami, MENYOKONG langkah yang diambil kerajaan untuk mengawal selia industri ROKOK di negara kita dengan lebih ketat bagi melindungi rakyat daripada terpengaruh dengan produk berbahaya ini.

MEROKOK di kalangan pelajar semakin meningkat saban tahun. 410,000 pelajar sekolah telah dikesan MEROKOK di usia muda. Itu FAKTA yang diperolehi dari hasil kajian TECMA 2016.

Tidakkah anda RISAU dan BIMBANG dengan pelbagai aksi pelajar sekolah MEROKOK di mana ROKOK ini sangat mudah dibeli serendah RM 1 sebatang? 

Mewakili ibu bapa, guru-guru & persatuan, memorandum ini diutuskan sebagai solidariti masyarakat untuk disampaikan kepada pemimpin masyarakat dan pihak kerajaan untuk MELINDUNGI kanak kanak & pelajar sekolah daripada pengaruh BUDAYA MEROKOK Malaysia.

KAMI MENGGESA kerajaan untuk mengawal selia penjualan ROKOK lebih tegas;

1. PEMASARAN DAN PENJUALAN

- Melarang sebarang bentuk penjualan rokok secara terbuka (seperti di kedai mamak, 7e, uptown, pasar malam, stesen minyak dll)
- Menghentikan segala bentuk pengiklanan dan promosi
- Larangan celebriti mempromosikan rokok (dlm filem dan drama)

2. KAWALAN PENJUALAN ROKOK BERNIKOTIN & TAR

- Rokok bernikotin dan tar hanya boleh dijual di farmasi yg punyai ahli farmasi yg berdaftar
- Tiada perisa atau kaedah berlainan boleh di tambah pada rokok ( Iqos dan lain peranti yg menggunakan asas rokok)

3. UNDANG UNDANG & PENGUATKUASAAN

- Mengubah akta rokok yg sedia ada yg kini dibawah akta tembakau dan merokok supaya bersamaaan dgn akta vape yg bakal digubal
- Memastikan perlaksanaaan penguatkuasaan dijalankan bagi undang2 kawalan rokok dan tembakau

Kajian telah membuktikan pendedahan ROKOK yang mengandungi NIKOTIN & TAR kepada otak pelajar yang sedang berkembang boleh menjejaskan tumpuan, ingatan, kognitif dan fungsi otak kanak kanak dan remaja selain dari penyakit berbahaya seperti KANSER PARU-PARU, STROKE & SAKIT JANTUNG. Sanggupkah anda melihat lebih 4000 campuran bahan kimia BERACUN di dalam ROKOK itu di dalam badan anak-anak anda dengan hanya 1 BATANG ROKOK?

Bukan itu sahaja, ROKOK juga boleh menyebab orang sekeliling sakit (secondary smoker)

Mereka juga berisiko untuk penggunaan dadah merbahaya lain.

Adakah anda masih mahu berdiam diri dengan angka dan fakta yang cukup membimbangkan ini?

Tandatangani memorandum ini SEKARANG

#RokokTheReturn
#BantahKiddieRokok
#KawalKetatJualanRokok
#SelamatkanAnakAnakMalaysiaDariRokok

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!