Jangan anak tirikan Sekolah Agama Swasta!

Jangan anak tirikan Sekolah Agama Swasta!

0 have signed. Let’s get to 5,000!
Petitions with more than 5000 signatures are 50% more likely to reach victory!

Pendidik Umat started this petition to Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Perdana Menteri) and

Kami menggesa agar kerajaan turut menyalurkan bantuan kewangan kepada Sekolah Rendah Agama Swasta (SRAS) dan Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS).

Ini kerana kedua-dua SRAS dan SMAS tidak diberikan bantuan dalam bentuk peruntukan Belanjawan 2021.

Masyarakat umum telah mengetahui bahawa Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) telah pun mendapat bantuan dana RM15 juta daripada kerajaan.

Maka, peruntukan kewangan wajar disalurkan kepada SRAS dan SMAS disebabkan orientasi pendidikan yang sememangnya menyepadukan kurikulum pendidikan kebangsaan, ditambah dengan pembelajaran agama yang lebih mendalam.

Justeru peranan SRAS dan SMAS jelas selari dengan Akta Pendidikan 1996, berbanding dengan beberapa jenis sistem persekolahan swasta atau persendirian lain yang ada di negara ini.

Pandemik COVID-19 sepanjang dua tahun juga telah memberikan kesan kepada SRAS dan SMAS.

Antara kesannya adalah kepada aspek pengoperasian apabila banyak institusi SRAS dan SMAS kehilangan pelajar dan pengurangan yuran yang berjangka panjang. Ini mengakibatkan SRAS dan SMAS terpaksa mengurangkan gaji guru, disamping memenuhi tuntutan kos operasi yang tinggi untuk meneruskan komitmen sewaan dan utiliti.

Kami mewakili suara ibu bapa serta pelajar 457 buah SRAS dan 77 buah SMAS, yang mempunyai seramai 79,000 murid memohon bantuan kewangan disalurkan seperti mana yang diterima SMPC, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, perkara 12 (2) serta Akta Pendidikan 1996.

Hal ini diteguhkan lagi dengan institusi SRAS dan SMAS merupakan institusi yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri, yang pastinya bukan berorientasikan keuntungan.

Sesungguhnya, SRAS dan SMAS juga merupakan sebahagian daripada Keluarga Malaysia. Maka, SRAS dan SMAS tidak wajar dianaktirikan!


Disediakan oleh:-

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
IKRAM Musleh

0 have signed. Let’s get to 5,000!
Petitions with more than 5000 signatures are 50% more likely to reach victory!