Say "NO" to Malaysia MOH collaboration with the Formula Milk Industry!

0 have signed. Let’s get to 15,000!


We, a collective group of leaders, parents and  individuals who have been actively involved in the Protection, Promotion and Support of Breastfeeding in Malaysia, express our strong disapproval of the involvement of the Malaysia Ministry of Health in the International Life Sciences Institute's (ILSI) most recent  Seminar and Workshop on Maternal, Infant and Young Child Nutrition held on 13-14 Nov 2018 in Kuala Lumpur, which we believe will have a negative impact on public health.

In doing so, the Malaysian public, and more importantly our children, are not getting the protection they deserve from the MoH.

The health effects of breastfeeding are well recognized. The health risks associated with formula-feeding and early weaning from breastfeeding are well documented. Increasing rates of breastfeeding can help reduce the prevalence of various illnesses and health conditions, which in turn results in lower health care cost for our Nation.

The ILSI and ILSI SEA Region has been conducting various food, health and nutrition symposia and seminars. The board composition of these two organizations are heavily comprised of milk companies, and therefore constitutes a violation of the International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes.

Links to their organizations' details are herein.
ILSI Headquarters: http://ilsi.org/about/leadership-support/

ILSI SEA Region: http://ilsisea-region.org/about-us/governance/

We are perplexed that the Department of Nutrition does not see the inherent conflicts of interest that arise from the involvement of the MoH in an activity that is organised by a business interest institution. ILSI is headed by Code violators like Nestle and Danone and has among its membership, companies like Abbott and Friesland. Surely, it is clear whose interests ILSI represents?

The fact that the MoH is listed as a collaborator of the event shows to the Malaysian public and the world at large that it endorses these companies and hence condones their marketing activities. By doing so, the MoH is indicating to all concerned that these companies are health partners. 

How can the MoH, as defenders of public health, elect to partner companies that undermine your work on breastfeeding protection by promoting breastmilk-substitutes? As a government agency responsible for public health, it is critical for the MoH to prevent conflicts of interest that are inherent in the partnership with ILSI, especially the perceived and actual influence of such partnership on the review of Malaysian Code of Ethic for the Marketing of Infant Foods and Related Products. It invites the question of whether such partnership is linked to the delay of the much-vaunted law to regulate breastmilk-substitutes promotion (including growing-up milks).

The breastfeeding rate in Malaysia is already very much behind that of neighboring countries. We should also point out that Malaysia is also currently among the few ASEAN countries without a law to regulate the marketing of baby foods.

It gives us no comfort to read the scathing article in New York Times about how Malaysia is Asia’s fattest country yet nutritionists are taking money from food companies. (See https://www.nytimes.com/2017/12/23/health/obesity-malaysia-nestle.html It is very obvious that sponsorship and public private partnerships with food companies are root causes.

The fact that companies like Coco-Cola and Kellogg are supporting the ILSI programme suggests that Malaysian health and nutrition are being taken down the wrong path. In doing so, we submit that the Malaysian public, and more importantly our children, are not getting the protection they deserve from the MoH.

Please be reminded that World Health Assembly Resolutions 49.15 [1996], 58.32 [2005] and 65.6 [2012] all warn against conflicts of interest, in IYCF programmes as well as in formation of alliances and partnerships. Malaysia endorsed those resolutions in Geneva. 

We urge the MoH to consider the direction your Ministry is taking in working with businesses, how it will affect the health of the Malaysian people and how the image of the country is being viewed externally.

Malaysia and the Malaysian government are often highly regarded in terms of organizing many activities aimed at protection, promotion and support of breastfeeding. However, this is not enough if the protection element that should be implemented through the implementation of the International Code of Ethics in accordance with the latest World Health Assembly (WHA) recommendation is ignored. 

We hope Malaysia can show a good example in implementing this Code of Ethics. We believe the Ministry of Health Malaysia is fully capable to make the best possible change for not only Malaysian society but for the rest of the ASEAN regions in promoting, supporting and safeguarding breastfeeding practices.

We hope that our concerns would be well received by the Malaysia Minister of Health. We are open to discussions and working together with MoH to strengthen breastfeeding practices in Malaysia.

Sincerely,
The Breastfeeding Advocates Network
Malaysia Breastfeeding Peer Counselor Association
Breastfeeding Information Bureau
Anggugu.com (Malaysian Chinese Breastfeeding Group)

*****************************

 Bahawasanya kami, dari kalangan para pemimpin, ibu bapa, dan individu yang giat melindungi, menggalak, serta menyokong penyusuan susu ibu di Malaysia, ingin menyatakan ketidaksetujuan kami dengan penglibatan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam acara International Life Sciences Institute's (ILSI) berjudul "Seminar and Workshop on Maternal, Infant and Young Child Nutrition" yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 13-14 November 2018, yang dikhuatiri memberikan kesan negatif terhadap kesihatan awam.

Dengan tindakan ini, warga Malaysia, dan lebih penting lagi: anak-anak kita, dibimbangi tidak akan menerima perlindungan yang sewajarnya daripada KKM.

Kita telah sedia maklum mengenai sumbangan penyusuan susu ibu terhadap kesihatan awam. Risiko kesihatan yang dikaitkan dengan pemberian susu formula dan pemberhentian awal dari penyusuan ibu juga telah terbukti dalam banyak hasil kajian. Peningkatan kadar penyusuan ibu boleh membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit serta masalah kesihatan yang lain, seterusnya mengurangkan perbelanjaan kesihatan negara.

ILSI dan ILSI Sea Region telah mengelola banyak acara dan seminar tentang pemakanan, kesihatan dan zat makanan. Dalam masa yang sama, didapati ahli lembaga pengarah organisasi ini turut terdiri daripada syarikat produk susu formula.

Capaian butiran organisasi ini adalah seperti berikut:-

ILSI Headquarters: http://ilsi.org/about/leadership-support/

ILSI SEA Region: http://ilsisea-region.org/about-us/governance/

Dalam hal ini, kami hairan dengan pendirian Bahagian Pemakanan, KKM yang seolahnya tidak menyedari konflik kepentingan yang terbit daripada penglibatan KKM di dalam aktiviti yang dikelola oleh sebuah institusi berkepentingan perniagaan seperti ini. ILSI diketuai oleh syarikat yang diketahui umum sebagai pelanggar kod Etika seperti Nestle dan Danone. Ahli-ahlinya juga terdiri daripada syarikat produk susu yang juga bermasalah seperti Abbott dan Friesland. Bukankah jelas di sini, pihak mana yang diwakili oleh ILSI?

Dalam program ini, KKM turut tersenarai sebagai pihak yang bekerjasama. Ini memberi isyarat kepada masyarakat umum di Malaysia dan dunia bahawa KKM menyokong syarikat-syarikat yang berselindung di sebalik organisasi ini dan membenarkan atau membiarkan saja kegiatan pemasaran mereka. Dengan tindakan ini, KKM seolahnya memberitahu masyarakat umum bahawa syarikat-syarikat ini ialah rakan kerjasama mereka dalam hal-hal kesihatan.

Bagaimanakah KKM, sebagai pelindung kesihatan awam, memilih untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang mempromosi produk susu gantian mereka dengan melampaui batas, lalu menjadi punca kesukaran dan kegagalan promosi penyusuan ibu? Sebagai institusi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kesihatan awam, amat penting untuk KKM mengelak dari sebarang konflik kepentingan seperti kerjasama dengan ILSI ini. Apatah lagi memandangkan ianya mungkin akan atau sedang mempengaruhi proses penyemakan Kod Etika Pemasaran Makanan Kanak-Kanak dan Produk Berkaitan di Malaysia. Keadaan ini menimbulkan satu persoalan: adakah kerjasama ini ada kena mengena dengan kelewatan penggubalan undang-undang yang mengawal promosi produk gantian penyusuan ibu (termasuk "susu untuk anak-anak membesar"), yang telah sekian lama dinanti-nantikan?

Kadar penyusuan di Malaysia telah pun jauh ketinggalan berbanding negara-negara jiran. Kami ingin tegaskan juga di sini bahawa kini Malaysia juga adalah antara negara-negara ASEAN yang tiada sebarang undang-undang yang mengawal pemasaran produk permakanan bayi.

Kita telah pun sedia resah dengan sebuah artikel di New York Times baru-baru ini, yang mendedahkan bagaimana Malaysia menjadi negara paling obes di rantau Asia. Namun para pengamal pemakanan tempatan masih lagi menerima dana dari syarikat produk makanan, yang jelas bercanggah. (Rujuk https://www.nytimes.com/2017/12/23/health/obesity-malaysia-nestle.html ). Jelas bahawa pendanaan serta kerjasama di antara syarikat makanan dengan kerajaan adalah faktor penyebabnya.

Syarikat-syarikat seperti Coca-Cola dan Kellogg juga turut menyokong program ILSI. Ini menunjukkan usaha-usaha berkaitan kesihatan dan pemakanan negara sedang dibawa ke jalan yang salah. Dengan tindakan ini, kami tegaskan bahawa warga Malaysia, dan lebih penting lagi, anak-anak kita, dikhuatiri tidak akan menerima perlindungan yang sewajarnya dari pihak KKM.

Sila ambil peringatan bahawa menurut resolusi World Health Assembly 49.15 [1996], 58.32 [2005] dan 65.6 [2012] kesemuanya memberi amaran tentang konflik kepentingan, di dalam program-program IYCF serta pembentukan sebarang kerjasama. Malaysia telah pun menandatangani resolusi ini di Geneva.

Kami ingin menyeru pihak KKM agar memikirkan semula hala tuju kementerian ini, yang nampaknya menuju ke arah kerjasama erat dengan syarikat-syarikat. Jika ini berterusan, ianya kelak akan mempengaruhi tahap kesihatan warga Malaysia, juga imej negara ini kepada dunia luar.

Warga dan kerajaan Malaysia selama ini dianggap contoh dalam kelolaan pelbagai aktiviti yang bertujuan menggalak dan menyokong penyusuan ibu. Namun, ianya tidak mencukupi sekiranya elemen perlindungan yang sepatutnya diusahakan melalui perlaksanaan Kod Etika Antarabangsa, selari dengan nasihat terkini World Health Assembly (WHA), terus saja diabaikan.

Kami berharap Malaysia akan menunjukkan contoh yang baik tentang perlaksanaan Kod Etika ini. Kami percaya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berupaya untuk membuat perubahan terbesar bukan saja untuk masyarakat Malaysia, tapi juga untuk seluruh rantau ASEAN, dalam usaha mempromosi, menyokong, serta melindungi amalan penyusuan ibu.

Kami harap pernyataan kami ini akan diterima baik oleh pihak Menteri Kesihatan Malaysia. Kami terbuka kepada sebarang perbincangan dan kerjasama dengan KKM untuk memperteguhkan lagi amalan penyusuan ibu di Malaysia.

Yang benar,
The Breastfeeding Advocates Network
Malaysia Breastfeeding Peer Counselor Association
Breastfeeding Information Bureau
Anggugu.com (Malaysian Chinese Breastfeeding Group)

Disokong dan diterjemahkan oleh:-
SusuIbu.com

 

 

 



Today: Mei Keng is counting on you

Mei Keng Yong needs your help with “Say "NO" to Malaysia MoH collaboration with the Formula Milk Industry!”. Join Mei Keng and 11,158 supporters today.