Sam bukan pemandu yg melulu/ berbahaya! 沈可婷并非鲁莽/危险驾驶司机!

Sam bukan pemandu yg melulu/ berbahaya! 沈可婷并非鲁莽/危险驾驶司机!
Why this petition matters
Insiden kemalangan yg melibatkan 8 nyawa ini memang menyedihkan ttp tiada sesiapa pun yg ingin melihat ia berlaku.
Ini termasuk Tertuduh, Sam Ke Ting sendiri, yg didapati oleh Hakim Majistret Bijaksana yg pd asalnya mendengar kes ini termasuk semua saksi/ keterangan, merupakan seorang pemandu kereta yg bertanggungjawab dan berhati2, iaitu memandu dgn kadar kelajuan munasabah di bawah 50 km sejam pd hari tersebut.
Maka dari carian fakta (finding of facts) yg dibuat oleh Mahkamah asal berkenaan, Sam tidak seharusnya disabitkan kesalahan malahan hukuman berat iaitu penjara 6 tahun di bawah S. 41 Akta Pengangkutan Jln, krn beliau jelasnya bukan memandu scr melulu/ merbahaya.
S. 41 Akta tersebut sememangnya penting utk melindungi keselamatan para pengguna jln raya di ngr kita, dan hukuman berat harus dikenakan terhdp sesetengah pemandu yg sememangnya memandu dgn melulu/ merbahaya contohnya dlm keadaan mabuk, ambil dadah, memecut, mengantuk dll tindakan tidak bertanggungjawab sehingga mencederakan orang lain yg langsung tidak bersalah.
Hukuman mesti setimpal dgn kesalahan.
Masa depan anak muda Msia ini tidak harus dibinasakan oleh krn insiden malang ini!
#BebaskanSamKeTing
#PertahankanKeadilan