Petition Closed

Justice for Thaqif Amin

This petition had 3,914 supporters


31 Mac yang lalu, adik Mohammad Thaqif Amin Mohd Gaddafi telah mengadu kesakitannya akibat didera oleh seorang pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz Kota Tinggi.

Susulan daripada aduan tersebut, ibunya telah membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hasil rawatan mendapati adik Thaqif mempunyai darah beku di kakinya akibat disebat dengan hos air. Kedua-dua kaki adik Thaqif Amin terpaksa dipotong.

Beberapa hari kemudian, pihak doktor mendapati tangan kanan adik Thaqif juga dijangkiti kuman dan perlu dipotong. Pembedahan dijadualkan pada tarikh 26 April 2017, namun ditangguhkan kerana jantungnya tidak stabil. Pada jam 2.05 petang, adik Thaqif Amin disahkan meninggal dunia.

Petisyen ini adalah satu langkah oleh netizens Malaysia untuk menggesa pihak PDRM mempercepatkan siasatan yang mendalam dan memberi balasan setimpal kepada pihak yang berkenaan.

Petisyen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak sekolah dan ibu bapa khususnya, untuk lebih peka pada aduan kanak-kanak dan pelajar sekolah berkenaan isu dera.

---

31st March ago, Mohammad Thaqif Amin Mohd Gaddafi told her mother that an assistant warden of a religious school he attended in Kota Tinggi has physically abused him and his friends.

Following this complaint, his mother brought him to a hospital for medical treatments. The medical report showed that Thaqif Amin had blood clots in his legs, resulting from harsh beatings by using water hose pipe. Due to this, his legs have had to be removed. A few days later, his right arm was also to be removed due to spreading infection.

Another surgery scheduled to held on 26th of April 2017, however, the operation was postponed due to the unstable heart condition. 2.05 pm the same day, the death of Thaqif Amin was officially announced.

This petition is a step to urge Royal Malaysia Police to investigate this case carefully and relevantly charge the perpetrator and anyone that was responsible.

This petition is also to raise awareness among Malaysians generally, and schools and parents specifically, to be more sensitive to children's complaints regarding the abuse issue.



Today: Malissa is counting on you

Malissa Ali needs your help with “Royal Malaysia Police: Justice for Thaqif Amin”. Join Malissa and 3,913 supporters today.