Petitioning Football Association of Selangor

#RevampSelangorFootball

0

0 have signed. Let’s get to 2,500.

Click here for the English version of this petition.

#RevampSelangorFootball (RSF) menjemput seluruh anak-anak watan Selangor untuk bersama-sama merevolusikan bolasepak Selangor melalui sumbangan dana. Sumbangan dana ini bukan satu kutipan derma, sebaliknya ia akan direalisasikan menjadi yuran keahlian tahunan bagi membentuk model pemilikan kelab oleh para penyokong. Model pemilikan sebegini ialah model pemilikan yang diamalkan di kelab-kelab terbesar dunia, umpamanya FC Barcelona dan Real Madrid CF. Ia adalah model yang menawarkan akauntabiliti, dan mendorong kepada amalan operasi yang baik, selain ketelusan dalam pengurusan kelab. Ayuh kita jadikan Selangor sebagai perintis kepada model kelab bolasepak 100% milik penyokong!

RSF memerlukan 15,000 orang anak-anak watan Selangor terutamanya daripada kalangan 6 juta populasi negeri untuk tampil menyumbangkan RM1,000 bagi setiap keahlian. Apabila sumbangan ini direalisasikan menjadi keahlian, ahli kelab akan menerima faedah termasuk satu pas musim (season pass), satu pencalonan dan satu undi untuk jawatan ahli Jawatankuasa Eksekutif kelab. Berikut ialah sasaran bagi gerakan RSF:

  • Jumlah Dana: RM15 juta
  • Jumlah Ahli: 15,000 orang (terhad)
  • Yuran Tahunan: RM1,000

Sebelum model pemilikan melalui keahlian ini direalisasikan, RSF menjemput para penyokong Selangor yang berminat menjadi ahli kelab untuk memberikan butir-butir diri anda. Tiada dana akan diterima buat masa ini kerana adalah mustahak bagi gerakan ini mematuhi undang-undang negara, termasuk yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti [Guidelines on Recognized Markets SC-GL/6-2015 (R1-2016)].

Berikut ialah syarat-syarat bagi para penyokong yang berminat untuk menjadi ahli kelab:

"Saya bersetuju untuk:

  1. Menyumbang dana sebanyak RM1,000 yang akan direalisasikan menjadi satu keahlian kepada kelab yang akan mengurus pasukan Liga Super negeri Selangor;
  2. Membuat sumbangan berkenaan hanya setelah ahli Jawatankuasa Eksekutif FAS membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan pasukan Liga Super negeri Selangor kepada syarikat yang dimiliki penyokong-penyokong Selangor melalui gerakan RSF;
  3. Menyokong usaha kelab untuk mendapatkan lesen kelab menurut FAM Club Licensing Regulations (FAM CLR) sebelum musim Liga Super 2018;
  4. Menolak perlantikan individu yang pernah atau sedang memegang jawatan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAS sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif kelab yang akan mengendalikan pasukan Liga Super negeri Selangor;
  5. Menolak peruntukan dana kerajaan kepada pasukan Liga Super Selangor, dengan tujuan untuk mewujudkan kelab yang memiliki kelestarian kewangan (financial sustainability)."

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

This petition will be delivered to:
  • Football Association of Selangor

    Revamp Selangor started this petition with a single signature, and now has 1,933 supporters. Start a petition today to change something you care about.




    Today: Revamp is counting on you

    Revamp Selangor needs your help with “#RevampSelangorFootball”. Join Revamp and 1,932 supporters today.