Menggesa ROS membuat siasatan mengenai Krisis Keperlembagaan UMNO tanpa berat sebelah.

0 have signed. Let’s get to 5,000!


Pihak ROS perlu adil dalam menjalankan siasatan keatas UMNO berkaitan krisis keperlembagaan pertubuhan itu tanpa bersifat berat sebelah.

Menurut kronologi rentetan peristiwa yang telah dilaporkan di dalam media massa setakat ini, dan tidak pernah dinafikan oleh UMNO adalah seperti berikut :

(a) Menurut UMNO ONLINE 31.05.2013 bertajuk Pemilihan UMNO Tahun 2013 perlu diadakan antara 15 Julai – 31 Ogos 2013

(b) Hatta, TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN UMNO, adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2013 !!

(c) Justeru, menurut Fasal 18.2 PERLEMBAGAAN UMNO ,"tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan" seterusnya adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2016 !!

(d) Namun, menurut ASTRO AWANI 26.06.2015 Presiden UMNO telah memberitahu bahawa pemilihan UMNO 2016 akan ditangguh selama 18 bulan setelah dibincangkan diperingkat Majlis Tertinggi dan mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada Majlis tertinggi.

(e) Berlanjutan dari penangguhan pemilihan selama tempoh maksima lapan belas (18) bulan yang dipetik di atas, maka TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN UMNO wajib dilakukan pada 28.02.2018.

(f) Namun begitu, Setiausaha Agung UMNO, telah mengeluarkan satu KENYATAAN MEDIA pada 27.02.2018 yang kononnya mengatakan Penangguhan Pemilihan UMNO yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini, akan dijalankan selewat-lewatnya pada 19.04.2019 selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

(h) Hakikatnya dari segi undang-undang adalah, MAJLIS TERTINGGI UMNO mahupun PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) tidak boleh membuat apa-apa lanjutan penangguhan, selepas tarikh akhir pengadaan pemilihan kerana ianya bertentangan dengan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN UMNO sendiri. 

5. Hatta, menurut peruntukan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN UMNO , tarikh pemilihan (CAWANGAN, BAHAGIAN DAN MAJLIS TERTINGGI UMNO) yang sepatutnya diadakan pada 31.08.2016 dan 19.10.2016 SUDAH PUN dilanjutkan secara maksima lapan belas (18) bulan iaitu ke tarikh 28.02.2018 dan 19.04.2018 , maka MUSTAHIL serta TIDAK SAH untuk dilanjutkan lagi di sisi PERLEMBAGAAN UMNO sekali pun, oleh MAJLIS TERTINGGI UMNO, mahupun diluluskan oleh pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA.

7. Ini bermakna,

(a) Kesemua CAWANGAN UMNO di seluruh Malaysia  menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada 01.03.2018 !!!

(b)Oleh kerana CAWANGAN UMNO tidak sah maka, Kesemua BAHAGIAN UMNO di seluruh Malaysia dan MAJLIS TERTINGGI UMNO akan menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada 19.04.2018.

(c) Maka, NAJIB RAZAK secara automatik TIDAK SAH sebagai Presiden UMNO, selepas 19.04.2018 !!!

(d) Hatta, UMNO sebagai parti politik yang TIDAK SAH selepas 19.04.2018, TIDAK BOLEH bertanding dalam PRU-14 yang diadakan selepas 19.04.2018 !!!,

(e) NAJIB RAZAK juga tidak boleh ANGKAT SUMPAH JAWATAN sebagai Perdana Menteri di hadapan Ke-Bawah Duli Yang Di-pertuan Agong kerana penjawatan Presiden UMNO TIDAK SAH selepas 19.04.2018. Maka, hanya presiden parti komponen Barisan Nasional yang lain , layak menjadi Perdana Menteri andai kata Barisan Nasional mentadbir negara!!

 



Today: Ulya is counting on you

Ulya Husamudin needs your help with “Registra Of Societies: Menggesa ROS membuat siasatan yang tidak berat sebelah terhadap Krisis Perlembagaan UMNO”. Join Ulya and 4,805 supporters today.