SHAHIDAN KASSIM PERLU MEMOHON MAAF KEPADA TUANKU RAJA PERLIS

0 have signed. Let’s get to 5,000!


Merujuk kepada tindakan DS Shahidan Kassim pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pada 24 Mei 2018, dengan secara terang-terangan meminta Tuanku Raja Perlis untuk tidak masuk campur urusan pentadbiran negeri Perlis. Ini  adalah tindakan biadap yang melampau. Permintaan ini jelas bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Perlis yang jelas menyatakan Tuanku Raja Perlis mempunyai hak mutlak untuk melantik Menteri Besar. Juga tindakan DS Shahidan Kassim yang mempersoalkan perkataan "murka" Tuanku Raja Perlis dengan mendakwa perkataan tersebut diperindahkan pihak tertentu juga seolah-olah mahu meletakkan Tuanku Raja Perlis sama taraf dengan dirinya.

Tindakan DS Shahidan Kassim dan 9 wakil rakyat Barisan Nasional adalah kebiadapan yang jelas terhadap Tuanku Raja Perlis, ditambah pula dengan cuba melibat Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir dan Tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, adalah suatu yang tidak matang. Sebagai orang lama di dalam politik sepatutnya DS Shahidan tidak mengadu domba pihak luar untuk campurtangan dgn urusan negeri Perlis. Negeri Perlis ada Undang-Undang Tubuh Perlis sendiri sebagai rujukan.

Sebagai wakil rakyat, undi yang diberi adalah untuk mewakili rakyat menjaga kesejahteraan negeri Perlis khasnya dan bukan tiket untuk angkuh dan menderhaka serta biadap kepada Tuanku Raja Perlis, dan juga sbg rakyat Malaysia umum kita berpegang kepada prisip Rukunegara yang mana salah satunya “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara”. Perbuatan DS Shahidan ini amatlah tidak mendukung prinsip Rukunegara tersebut dan menidakkan kedudukan Raja Melayu yang berdaulat.

DS Shahidan dan 9 wakil rakyat BN sepatutnya berbincang dengan baik dan diplomasi untuk cari jalan penyelesaian bersama Tuanku Raja Perlis, bukan bertindak secara terbuka dan menjatuhkan imej Institusi Raja Melayu. DS Shahidan perlu ingat yang undi pilihraya hanya untuk memilih wakil rakyat bukan memberi negeri Perlis menjadi hak sendiri dan undi itu juga tidak memberi kuasa melebihi Tuanku Raja Perlis. Rakyat Perlis setia bersama Tuanku Raja Perlis dan tidak akan berkompromi dgn ahli politik yang angkuh, biadap dan sombong.

Oleh itu, kami RAKYAT PERLIS khususnya dan RAKYAT MALAYSIA amnya mahu DS Shahidan Kassim serta 9 wakil rakyat Barisan Nasional Perlis insaf atas perbuatan biadap dan derhaka ini dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada DYMM Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan segera.

DAULAT TUANKU



Today: ANAK PERLIS is counting on you

ANAK PERLIS SELAMANYA needs your help with “RAKYAT PERLIS: SHAHIDAN KASSIM PERLU MEMOHON MAAF KEPADA TUANKU RAJA PERLIS”. Join ANAK PERLIS and 3,608 supporters today.