Tun Mahathir wajib bersara politik sekarang agar tidak diperkuda lagi oleh Anwar dan DAP.

Tun Mahathir wajib bersara politik sekarang agar tidak diperkuda lagi oleh Anwar dan DAP.

0 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!

mohd hazizi ab rahman started this petition to Rakyat Malaysia

Politik Malaysia menjadi tidak stabil apabila pertelingkahan dalam parti politik utama iaitu UMNO telah berlanjutan sejak sekian lama, khususnya 20 tahun kebelakangan ini. Ketidakstabilan itu menjejaskan ekonomi Malaysia berbanding era sebelum 1998. Imej Malaysia di peringkat antarabangsa, terutamanya ASEAN juga tidak sehebat dulu.

Tanpa menafikan jasa Tun Mahathir semasa menjadi PM ke 4, dalam membawa kemajuan kepada negara ini, Tun Mahathir telah gagal melahirkan pengganti, malah sentiasa konflik dengan bakal penggantinya, termasuk konflik Anwar Ibrahim, yang berlanjutan selama lebih 20 tahun.

Walaupun setelah berjaya bekerjasama menjatuhkan Najib dan memegang kuasa, krisis kepimpinan negara pada Feb dan Mac 2020 lepas berpunca daripada keengganan Tun memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, yang gagal ditangani oleh Tun dengan baik, sehingga menimbulkan krisis kepimpinan negara buat pertama kali dalam sejarah sejak merdeka.

Kini Tun mahu mengocak kepimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang muncul menyelamatkan negara daripada krisis politik yang Tun sendiri puncanya. Enough is enough. Tun wajib bersara, agar Anwar dan DAP tiada lagi tongkat untuk pecah belahkan lagi rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

0 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!