Rakyat malaysia menyokong penuh Siti Kasim menerima tawaran dialog Salman Ali

0 have signed. Let’s get to 5,000!


Kepada Saudari Siti Kasim

JEMPUTAN SEBAGAI PANELIS PROGRAM DEBAT PERDANA PERLIS
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. One Centre Malaysia, PERLIS dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis serta Badan
Peguam Perlis bercadang untuk menganjurkan sebuah Program “Debat Perdana Perlis” untuk
mengupas tajuk “Islam: Antara Prajudis dan Fakta”. Tujuan program ini diadakan adalah untuk
memberi pencerahan kepada masyarakat umum serta memberi peluang kepada para panelis
untuk mengetengahkan dan mempertahankan pandangan serta hujah mereka berkaitan topik
tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mendapatkan persetujuan Cik bagi
menyertai program ini sebagai salah seorang panelis debat.
3. Sebagai salah seorang tokoh yang lantang dalam memperkatakan isu-isu hangat semasa
dan sering mendapat perhatian yang meluas daripada media, kami merasakan bahawa Cik
adalah calon panelis yang paling sesuai untuk membincangkan tajuk tersebut. Pentas debat ini
juga boleh dijadikan sebagai platform bagi panelis-panelis untuk mengupas dan
memperjelaskan kembali isu-isu yang pernah diperkatakan sebelum ini.
4. Untuk pengetahuan Cik, kami juga menjemput Ustaz Salman Ali untuk menjadi rakan debat
Cik dan beliau telah memberikan kata persetujuan untuk berganding dengan Cik di pentas yang
sama. Sebagai penganjur, pihak kami akan memastikan proses debat ini dilangsungkan dengan
penuh adil dan saksama tanpa sebarang prajudis terhadap mana-mana panelis.
5. Tarikh cadangan program adalah seperti berikut :
TARIKH : 29 JUN 2018 (JUMAAT) / 6 JULAI 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, PERLIS

6. Sekiranya tarikh-tarikh berikut kurang sesuai dengan jadual Cik, sila kemukakan tarikh baru
yang bersesuaian dengan jadual Cik untuk pertimbangan pihak kami dan juga rakan debat Cik.
Kami berharap supaya pihak Cik dapat mempertimbangkan cadangan program kami dan dapat
memberi maklum balas yang positif kepada pihak kami sebelum 21 Jun 2018. Semoga usaha
kita mendapat keberkatan dari Allah SWT. Jazakumullah Khayran Kathira.


Sekian, wassalam.

* Penentuan format, perjalanan dan semua hal-hal berkaitan Program “Debat Perdana Perlis”
bakal dibincangkan dengan kedua-dua panelis selepas mendapat persetujuan daripada pihak
Cik. Pihak penganjur juga terbuka kepada sebarang cadangan, perubahan serta penambah
baikan dari pihak Cik demi memastikan kelancaran program ini.



Today: ONE Centre Malaysia,PERLIS is counting on you

ONE Centre Malaysia,PERLIS needs your help with “Rakyat malaysia menyokong penuh Siti Kasim menerima tawaran dialog Salman Ali”. Join ONE Centre Malaysia,PERLIS and 4,894 supporters today.