Haramkan Portal Menghina Islam, Menganggu Keharmonian Kaum Di Malaysia.

0 have signed. Let’s get to 1,500!


PETISYEN RAKYAT MALAYSIA POHON KERAJAAN HARAMKAN MEDIA-MEDIA YANG TIDAK SELARI DENGAN ISLAM SEBAGAI AGAMA BAGI PERSEKUTUAN

Adalah KAMI RAKYAT MALAYSIA yang menandatangani petisyen ini memohon jasa baik kerajaan, terutamanya agensi dan jabatan berkenaan agar;

1. Meneliti, memperhalusi serta menguatkuasakan undang-undang berkaitan secara tegas dan tuntas mana-mana media massa yang seringkali memaparkan isu-isu yang tidak selari dengan Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan.

2. KAMI juga dengan ini mendesak pihak kerajaan mengambil tindakan secara tegas dan tuntas sehingga kepada pembatalan permit penerbitan dan/atau pendakwaan kepada individu, tokoh atau organisasi media yang seringkali memaparkan isu-isu fitnah, menghasut, menghina serta berat sebelah terhadap para pemimpin Islam, institusi Islam serta ajaran-ajaran Islam yang mengelirukan dan menyesatkan masyarakat.

3. KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA mempunyai hak kebebasan bersuara dan menjalani kehidupan yang aman damai serta harmoni.

4. KAMI tidak rela anak-anak kami dan rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita fitnah dan adu domba, menghasut, kebencian dan separuh benar yang terdapat dalam pelbagai kandungan media masakini.

5. JUSTERU itu, KAMI menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama tampil membuat laporan polis terhadap media-media seperti:

i. Free Malaysia Today ;

ii. Malaysiakini ; dan

iii. The Malaymail Online.

Kerjasama dan keprihatinan pihak kerajaan dalam perkara ini amatlah dihargai dan sikap cakna masyarakat diharapkan dapat membantu kerajaan mengatasi masalah kecelaruan ummah akibat dari serangan media-media tersebut terhadap Islam, institusi Islam dan pendokong Islam di kalangan rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

#pdrm
#kdn
#skmm #MCMC
#bersatulahmelayu
#daulatkanIslam



Today: Nik is counting on you

Nik Hassan needs your help with “Rakyat Malaysia khususnya umat Islam: Haramkan Portal Menghina Islam, Menganggu Keharmonian Kaum Di Malaysia.”. Join Nik and 1,086 supporters today.