RAKYAT MAHU MUHYIDDIN LETAK JAWATAN PENGERUSI MPN

RAKYAT MAHU MUHYIDDIN LETAK JAWATAN PENGERUSI MPN
Why this petition matters
Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) merangkap bekas Perdana Menteri ke-8, dalam satu kenyataan menegaskan hanya akan berundur jika rakyat meminta untuk beliau berbuat demikian.
Sumber:
- https://www.sinarharian.com.my/article/209679/BERITA/Politik/Muhyiddin-serah-kepada-rakyat-nilai-MPN
- https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/07/02/im-willing-to-quit-as-mpn-head-if-the-people-want-me-to-says-muhyiddin/
Rekod kegagalan TSMY, dan parti-parti dalam kerajaan, memuncak dengan manifestasi kekecewaan rakyat melalui tanda pagar #KerajaanGagal #KerajaanPembunuh #BenderaPutih dsbnya pada 2021.
Keberadaan TSMY kini sebagai Pengerusi MPN hanyalah 'saguhati' pemberian Dato Seri Ismail Sabri (DSIS). Ia sekadar timbal balas menyokong beliau sebagai Perdana Menteri baharu.
Kewujudan MPN adalah lewah (redundant) serta tidak relevan sejak ia ditubuhkan. Tambahan lagi, TSMY tidak ada strategi baharu yang boleh menyumbang kepada pemulihan negara memandangkan semasa menjadi PM pun gagal dengan begitu teruk.
Kami rakyat berpendapat, jawatan MPN wujud untuk membelai ego TSMY serta menyelamatkan DSIS. TSMY hanya bermain olok-olok, seolah-olah berlakon mempunyai kerja dan hidup dalam penafian selepas ditumbangkan dengan cara sama beliau dilantik - cara khianat tanpa mandat rakyat.
Pada masa sama, harus diingatkan, kegagalan yang disebut ini adalah cerminan UMNO/BN yang turut menyokong beliau semasa era singkat kerajaan Perikatan Nasional. Jangan kita lupa bahawa Menteri-menteri UMNOlah yang banyak menganggotai portfolio penting kabinet TSMY & DSIS. Jelas bahawa kegagalan TSMY telah turut menjangkiti DSIS namun kali ini dengan isu harga barang yang melambung tinggi.
Sehubungan itu, sejajar hasrat TSMY sendiri yang mahu nasibnya ditentu dan dinilai orang ramai, kami rakyat Malaysia, mendesak agar Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan segera tanpa syarat.