Kami Rakyat Kluang Tidak Mahukan Bekas Pemimpin MIC Meresap Masuk Ke Parti Amanah Kluang.

0 have signed. Let’s get to 100!


1.Kami rakyat Kluang Tidak mahukan Bekas-bekas Pemimpin MIC meresap masuk ke Parti Amanah.

2.Terdapat Seramai 10,000 pengundi India Di Kawasan Kluang(Termasuk Adun Mengkibol & Adun Mahkota & Parliamen Semborong & Adun Kahang).Rata-Rata kami mengundi Pakatan Harapan kali ini untuk perubahan.

3.Tetapi, apakah makna perubahan tersebut jika bekas-bekas Pemimpin MIC Tertinggi Kluang diresapkan ke Parti Amanah Kluang?

4.Golongan ini cukup terkenal Di Kluang sebagai Pakar Memperolehi Peruntukan untuk memajukan kaum keluarga dan kerabat masing-masing serta TIDAK pernah memikirkan kebajikan rakyat.Masyarakat India Kluang Sudah jemu dengan golongan penyangak ini.

5.Laporan Media TAMIL melaporkan En.Jeevan Supramaniam sebagai Pengelola Kaum India untuk Negeri Johor.Bagaimanakah beliau berdiam diri untuk membiarkan perkara terkutuk ini berlaku?

6.Kami rakyat Kluang berasa bersyukur kepada Tuhan setelah rejim Barisan khususnya MIC tumbang dipilihanraya yang lalu dan merasakan Impian kami untuk melihat Malaysia baru yang bebas rasuah,pencuri, dan penyangak tercapai.Tetapi, apabila melihat Pemimpin tertinggi Parti Amanah mencuba membawa masuk golongan penyangak ini, kami sesungguhya berasa kesal.

Sebagai bukti, kami mengumpul tandatangan berserta No KP untuk memprotes perbuatan terkutuk ini.
Diharapkan pucuk Pemimpin Parti Amanah memahami kesengsaraan yang dilakukan oleh Pemimpin MIC kepada masyarakat India Kluang dan memahami kehendak kami sebagai pengundi.
Sekian Terima Kasih.
#KeluhanMasyarakatIndiaKluang



Today: Kodi is counting on you

Kodi Maharingoke needs your help with “Rakyat Kluang: Kami Rakyat Kluang Tidak Mahukan Bekas Pemimpin MIC Meresap Masuk Ke Parti Amanah Kluang.”. Join Kodi and 5 supporters today.