Menuntut supaya tender baru kafeteria Pusat Pengajian Sains Farmasi dibuka

0 have signed. Let’s get to 500!


Tujuan petisyen ini adalah untuk menuntut supaya tender baru kafeteria Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) dibuka. 

  1. Seperti mana yang kita sedia maklum, kafeteria di Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) telah ditutup sejak pengusaha kafeteria asal menarik diri daripada perniagaan pada dua tahun lepas. Majlis Perwakilan Pelajar PPSF telah mengambil perhatian terhadap isu ini dan mempercayai bahawa wujudnya keperluan dan permintaan untuk menyediakan kemudahan ini untuk para mahasiswa/i dan staf PPSF.
  2. Kita perlu sedar bahawa matlamat untuk mengembalikan kafeteria yang beroperasi bukan sesuatu yang mudah tercapai kerana hal ini bergantung kepada pelbagai faktor. Contohnya, kita masih memerlukan pengusaha baru yang berminat untuk mengambil alih kegiatan mengusaha kafeteria tersebut setelah tender baru dibuka. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna kita harus menerima hakikat ini dengan begitu sahaja tanpa menunjukkan sebarang usaha.
  3. Justeru, petisyen ini dibuat untuk menggabungkan dan menyampaikan tuntutan seluruh warga PPSF kepada pihak berkenaan supaya isu ini dipandang serius dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Petisyen ini akan dihantar dengan kelulusan dan sokongan Dekan PPSF kepada pihak yang bertanggungjawab.
  4. Saya menyeru supaya para mahasiswa/i PPSF turut menyokong petisyen ini dan bersama-sama kita berusaha untuk membawa perubahan yang positif kepada Pusat Pengajian Sains Farmasi.

CHEN FAN JIE
Majlis Perwakilan Pelajar
Pusat Pengajian Sains Farmasi
Sidang Akademik 2017/18 



Today: Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Sains Farmasi is counting on you

Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Sains Farmasi needs your help with “PUSAT PERUMAHAN DAN PENGINAPAN UNIVERSITI (P3U): Menuntut supaya tender baru kafe PPSF dibuka”. Join Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Sains Farmasi and 200 supporters today.