MERDEKAKAN ALAMAT RUMAH PUNCAK GLOXINIA CONDOMINIUM, KINARUT

Victory

MERDEKAKAN ALAMAT RUMAH PUNCAK GLOXINIA CONDOMINIUM, KINARUT

This petition made change with 510 supporters!
Firman Alias started this petition to PUNCAK GLOXINIA MANAGEMENT & LANDMARK PROPERTY SDN BHD

Merujuk kepada pekeliling bertarikh 7 September 2021, pihak pengurusan Puncak Gloxinia Condominium telah menghentikan servis penerimaan barangan pos penghuni dengan alasan yang tidak munasabah dan solusi yang menyusahkan.

Petition ini dibuat bagi mengumpulkan sokongan penghuni dan menggesa pihak pengurusan untuk memberi kebenaran kepada posmen menghantar barangan ke rumah-rumah penghuni seperti yang tertera pada alamat barangan penerima.

Alamat penghuni bukanlah di pondok sekuriti, pejabat pengurusan atau gerbang kondominium. Alamat rumah penghuni juga diiktiraf oleh pemberi perkhidmatan pos dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Petition ini juga memandang pihak pengurusan sememangnya tidak pernah serius dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada penghuni termasuk keselamatan, keselesaan dan penyediaan fasiliti. Keputusan dan tindakan yang diambil tidak menitiberatkan hak dan keperluan para penghuni.

Nota: Petition ini bukan siaran dengan tujuan berniat buruk, jahat atau menjatuhkan reputasi mana-mana pihak berkaitan. Usaha ini dibuat selari dengan SOP dalam mengekang pandemik Covid-19 iaitu mengelakkan perhimpunan awam atau perjumpaan secara bersemuka. Sekian.

Victory

This petition made change with 510 supporters!

Share this petition