fight covid19

fight covid19

Started
2 May 2020
Petition to
Signatures: 8Next Goal: 10
Support now

Why this petition matters

Started by Ivy Michael

sebagai rakyat malaysia dan sabahan khususnya,saya amat berbangga dengan apa apa juga tindakan yang di ambil oleh kerajaan dalam usaha menangani penularan pandemik covid19. Namun, saya amat berharap agar kerajaan malaysia mempertimbangkan kembali tindakan melonggarkan kawalan pergerakan demi untuk rakyat malaysia memandangkan sehingga kini negara belum pun mencapai tahap satu angka kes positif dalam sehari. Saya dan semua rakyat bimbang keadaan di beberapa negara yang terlalu awal menghentikan PKP menyebabkan kes covid19 meningkat kembali malah menjadi amat teruk berbanding sebelumnya. Saya amat memahami kemungkinan kerajaan mengambil langkah seperti ini disebabkan keadaan ekonomi yang amat tidak baik sekarang namun,sekiranya kerajaan masih mahu meneruskan PKPB dan terjadi pertambahan kes mendadak,kerjaan akan tetap memerlukan kewangan yang cukup banyak bagi menampung semua kos perubatan dan keperluan bagi pesakit. selain daripada itu,kerjaan juga terpaksa meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada semua rakyat terjejas seperti sebelum ini..bukankah lebih merugikan kepada kerjaan dan ekonomi negara? jadi,saya berharap agar kerajaan meneruskan perintah pergerakan tanpa kelonggaran demi untuk rakyat dan negara sehingga kita bebas sepenuhnya daripada penyakit pandemim ini..bak kata pepatah,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. Kepada semua petugas Frontliners,tidak kira dimanapun anda,kami mendoakan agar anda semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T..kuatkan semangat,kerana anda adalah hero kami semua.

Support now
Signatures: 8Next Goal: 10
Support now

Decision-Makers