Wan Saiful Wan Jan SILA LETAK JAWATAN DALAM PTPTN

Wan Saiful Wan Jan SILA LETAK JAWATAN DALAM PTPTN

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Mirza Jamil started this petition to ptptn and
Problem
SKIM PEMBAYARAN SEMULA PTPTN MEMBEBANKAN.

Bangun pagi dapat berpuluh-puluh mesej minta aku tulis berkenaan jadual pembayaran baharu PTPTN.

Kali terakhir aku dapat situasi macam ini ketika jadi wakil pelajar.

Aku cuba tulis masa balik kerja nanti. Buat masa ini, aku ringkaskan seperti ini;

1. Gopoh. PTPTN tidak boleh melihat gaji sebagai indikator tunggal. PTPTN harus melihat tanggungan/liabiliti yang ada pada peminjam.

Boleh jadi seorang yang bergaji RM4,000 perlu menanggung keluarganya.

2. Melanggar perjanjian asal. Harus diingat PTPTN adalah skim pinjaman jangka masa panjang - 10,15, 20 tahun.

Melihat pembayaran bagi mereka yang melebihi RM4,000 ke atas - ia akan memendekkan tempoh pinjaman kerana dibayar banyak.

Jangan lupa, mereka juga perlu membayar income tax. Hal ini akan menekan mereka.

3. PTPTN sebagai pusat pinjaman.

Ini impak yang paling bahaya. Apabila sistem pemotongan gaji berlaku, PTPTN akan menerima wang yang banyak.

Ini akan memberi keyakinan kepada bank-bank memberi pinjaman kepada PTPTN.

Akhirnya, yuran universiti akan naik kerana pinjaman tetap ada. IPTS pula akan tumbuh dengan banyak untuk memeras wang pelajar.

4. Wan Saiful Wan Jan harus segera dipecat

Wan Saiful bukanlah orang yang berpengalaman dan menganut ideologi ekonomi memenangkan orang kaya. Dia tidak sepatutnya dilantik memegang jawatan utama tabung pendidikan.

Dalam kepalanya cuma bagaimana boleh untung dan mengurangkan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

5. Pakatan Harapan telah mengkhianati rakyat dengan begitu hebatnya. Percayalah ia akan memberi kesan yang besar pada imej dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Selebihnya aku akan tulis nanti.

Credit to : Rahman Imuda (penulis bukanlah yang menggerakkan petisyen ini)

Solution
WAN SAIFUL WAN JAN MESTI LETAK JAWATAN DAN DIGANTI DENGAN SEORANG YANG LEBIH MEMAHAMI KERINGAT RAKYAT DAN MENGANUTI IDEOLOGI EKONOMI ORANG KEBANYAKAN ATAU BAWAHAN.
0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!