Mendesak kerajaan tunggu sehingga PKP fasa 4 tamat pada 12 May 2020 baru laksanakan PKP-B

Mendesak kerajaan tunggu sehingga PKP fasa 4 tamat pada 12 May 2020 baru laksanakan PKP-B

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Hazama Hassanul started this petition to Prime Minister of Malaysia,Tan Sri Muhyiddin

Maka kami rakyat Malaysia yg menandatangani petisyen ini memohon agar dikaji semula cadangan perlaksanaan PKP- B pada 4hb.Mei 2020,seperti yg telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,Perdana Menteri Malaysia pada 1hb Mei 2020 yg lepas.Kami memohon,

1.Supaya kerajaan meneruskan PKP fasa 4 yg sedang berjalan sekarang yg dijadualkan akan tamat sehingga 12hb Mei 2020.

2.Selepas dari tarikh tersebut barulah pihak kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran bersyarat kepada sektor ekonomi dan perniagaan lain untuk mula beroperasi.

3.Kelonggaran tersebut perlu dilaksanakan secara berperingkat peringkat mengikut SOP yg telah ditetapkan dan bukan nya secara sekali gus seperti yg telah diumumkan.

4.Ia nya wajar dilaksanakan kerana pada 2hb Mei 2020 kes2 baru positif Covid19 telah meningkat keangka 105 kes.Sedangkan sebelum itu jumlah kes2 baru positif Covid 19 hanya ditahap 2 digit sahaja.Oleh itu dibimbangi jika kelonggaran segera PKP-B yg dibenarkan oleh kerajaan dilaksanakan adalah tidak mustahil gelombang kedua wabak Covid 19 akan berlaku.Apatah lagi kelonggaran tersebut juga melibatkan bidang sukan seperti Golf yg dirasakan amat tidak wajar sekali.Ini adalah kerana golongan rakyat bawahan dinegara ini tidak bermain golf pun,yg penting buat kami rakyat bawahan ini adalah keperluan untuk menyediakan makanan,tempat tinggal,pendidikan dan penjagaan kesihatan yg baik untuk anak anak,ibubapa dan keluarga kami.

5.Kami memohon jasa baik YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,sebagai Perdana Menteri Malaysia supaya tidak terlalu tunduk dengan tekanan dari para peniaga,usahawan2 dan golongan Kapitalis yg cuma ingin mendapatkan keuntungan wang ringgit semata2 tanpa memikirkan akibat yg akan berlaku terhadap negara dan juga rakyat.Krisis ekonomi yang berlaku sekarang melibatkan seluruh dunia dan bukan hanya Malaysia sahaja yg terkesan akibat impak dari pandemik virus Covid 19 ini.Jangan disia2kan pengorbanan para petugas frontliners dan juga pengorbanan rakyat yg akur dengan PKP yg telah dilaksanakan sejak 18hb Mac 2020 yg tlh mula menampakkan hasil,tetapi bakal dicetuskan semula oleh kelonggaran PKP-B yg bakal dilaksanakan pada 4hb Mei 2020 nanti.Kami lebih rela berkurung dirumah daripada menjadi korban virus Covid19 ini.Jadikan apa yg telah berlaku dinegara Jepun dan beberapa buah negara lain yg menerima kesan yg teruk apabila dilanda gelombang kedua Covid19 setelah mereka melonggarkan atau memansuhkan lockdown secara tergesa gesa.Ekonomi negara akan dapat dipulihkan dengan kadar segera sekiranya  aset terpenting negara iaitu rakyat yg sihat dapat dipertahankan sehingga wabak ini dapat dihapuskan atau ditangani apabila vaksin untuk menyembuhkan nya ditemui kelak.Sehingga masa itu tiba diharap pihak kerajaan bertindak dengan penuh bijaksana.

Sekian terimakasih.

 

 

 

 

 

 

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!