BANTAH CUKAI DIGITAL

0 have signed. Let’s get to 75,000!


BANTAH CUKAI DIGITAL

PETISYEN INI MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA UNTUK TIDAK MENERUSKAN CUKAI DIGITAL YANG DIJANGKA DILAKSANAKAN BERMULA PADA 1 JANUARI 2020.

Sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara, PELBAGAI JENIS CUKAI telah diperkenalkan dan ianya telah MEMBEBANKAN RAKYAT MARHAEN. 

Dengan keadaan EKONOMI YANG MERUNDUM, meneruskan cukai digital yang dijangka dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2020 ini amatlah TIDAK BERTANGGUNG JAWAB, TIDAK MASUK AKAL DAN AKAN TERUS MENYUSAHKAN RAKYAT MARHAEN.

Contoh-contoh segmen Rakyat Marhaen yang akan terkesan adalah:

- Individu-individu yang menggunakan perkhidmatan seperti Netflix, Spotify, E-Sport, Google Play dan pelbagai lagi.

- Berpuluh ribu peniaga-peniaga kecil yang menggunakan platform iklan atas talian seperti Facebook Ads.  Mereka akan menghadapi peningkatan kos pemasaran di dalam keadaan ekonomi yang jelas lembab. 

- Syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang banyak menggunakan khidmat atas talian seperti LinkedIn dan pelbagai platform lain untuk menjalankan perniagaan.  Ini akan menyebabkan mereka berhadapan dengan peningkatan kos operasi.

Semua ini akan secara tidak langsung menyebabkan harga barang dan perkhidmatan menjadi lebih tinggi dan ini akan MEMBEBANKAN RAKYAT MARHAEN.

OLEH ITU PERTUBUHAN SEDAR MALAYSIA DAN RAKYAT MARHAEN MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA DI BAWAH KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN UNTUK TIDAK MENERUSKAN PELAKSANAAN CUKAI DIGITAL INI.

Sekian Terima Kasih.