Kita mahu kabinet bersih

Kita mahu kabinet bersih

0 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Pendukung Perlembagaan started this petition to Perdana Menteri Malaysia

Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kami Rakyat Malaysia, yang risau dengan keadaan politik masa kini, mahukan yang berikut:

1.  Kes-kes jenayah yg sedang berlangsung di Mahkamah yg melibatkan ahli politik tidak digugurkan dan diteruskan. Kami tidak mahu seperti kerajaan terdahulu yang menggugurkan separuh jalan kes2 mahkamah yang membabitkan ahli politik. Kami mahu mahkamah menentukan dan bukan AG sepertimana Tan Sri Thommy Thomas buat terdahulu. Malah kes2 yg digugurkan patut didakwa semula sesegera mungkin di mana boleh. Inilah sebenarnya Rule of Law yang kami mahu dan tidak selektif atau memilih kerana melibatkan ahli politik.

2. Kami tidak mahu mereka yang mempunyai kes jenayah di mahkamah dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri. Walaupun kerajaan terdahulu telah melantik mereka yang sedang didakwa di mahkamah, kami mahu kerajaan kini mengambil pendekatan lebih bersih dari dahulu.

Sekiranya YAB melakukan sedemikian, kami akan menyokong penuh usaha ini dan mendokong usaha2 YAB dalam perkara ini. Moga YAB berjaya dan diberkati dalam menjalankan usaha ini.

Yang benar,

Kami Rakyat Malaysia,

 

0 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!