Petition Closed
Petitioning Prime Minister of Malaysia Dato' Seri @NajibRazak

Quit! Undur!

English version

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Razak,

We, the undersigned of this online petition, wish to express our support for the “Citizen’s Declaration” which was launched on 4 March 2016 and contains the signatures of 45 respected and distinguished politicians, civil society leaders and intellectuals. 

The words of the Citizen’s Declaration have inspired us all and electrified the nation.  Make no mistake, the 45 individuals do not speak out or stand alone. We stand together with them in agreement on the points highlighted by the Declaration. And like everyone else who support these concerns, we too have a stake in building this country.

The Declaration by the 45 distinguished Malaysians brings into perspective the urgent need to address the current climate of uncertainty, public mistrust and fear which pervades Malaysia.

Our country is in a decline, and the quality of life of millions of ordinary Malaysians is deteriorating due to the worsening economic conditions that are felt by all. Confidence in our country, and its economic and political system, is at an all-time low due to the many scandals and controversies which continue to remain unanswered and unaccounted for.

Leadership matters. Leadership must be accountable, exemplary, and inspirational.

A leader must lead by example, be a person of common wisdom, be committed to serve the people and be driven by a sincere desire to govern well.  At the very least, we expect the Prime Minister to have the commitment to protect and defend the Federal Constitution, and uphold the well-being of all Malaysians.

The office of the Prime Minister should never be used or exploited for personal gain or profit, for utilisation of state resources to secure loyalty, or for the elevation of party or family above the public good.

Without this assurance, our democracy, which so many have fought for and died to protect, becomes hollow and meaningless.

Dato’ Seri,

Malaysians are angry, and they have every reason to be so.

More and more citizens have no trust in your integrity as a leader, and in your ability to lead and guide our country as a modern and progressive constitutional democracy.

We have very little reason to hold you in awe or respect. Promises are broken which, we now realise, were never intended to be kept. And worse your frequent silence on issues of our concern make us conclude that you believe that you owe no one an explanation.

The tenor of the government and your party is becoming more and more conservative, authoritarian, narrow-minded, and kleptocratic. The government is increasingly intolerant of Malaysians expressing themselves and has even stated that freedom of speech is a privilege rather than a constitutional right. It has actively sought out to isolate and silence critical voices, and used state patronage to neutralize and marginalize others. These are the makings of a totalitarian regime.

We cannot, must not and will not stand silently by.

Our country needs a Prime Minister who understands democracy. Understands that a functioning constitutional democracy requires checks and balances; that power should be exercised with wisdom and restraint, and never in an arbitrary manner. That having an Opposition is in fact the lifeblood of democracy.

Please spare Malaysia and us  more years under your leadership. Spare yourself any further embarrassment of ineffectual leadership and financial scandal. The writing is on the wall.

We repeat the call made by the 45 Malaysians through the Citizens’ Declaration for:

a)       The removal of Dato’ Seri Najib Razak as Prime Minister of Malaysia through non-violent and legally permissible means.

b)      The removal of all those who have acted in concert with him.

c)       A repeal of all recent laws and agreements which violate the fundamental rights guaranteed by the Federal Constitution and undermine policy choices.

d)      A restoration of the integrity of the institutions that have been undermined, such as the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission, Bank Negara and the parliamentary Public Accounts Committee.

We call upon all Malaysians, irrespective of race, religion, political affiliation, creed or parties, young and old to join us in saving Malaysia from the government headed by Dato' Seri Najib, to pave the way for much-needed democratic and institutional reforms, and to restore the important principle of the separation of powers among the Executive, Legislature and Judiciary which will ensure the independence, credibility, professionalism and integrity of our national institutions.

We cannot afford to be silent. We must stand up and speak out. We ask that fellow Malaysians join us by adding their signatures to this petition in support of the Citizens’ Declaration.

 This is our country. Let's join our voices to build a better Malaysia.

 

--------------------

Versi Bahasa Malaysia

 

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Razak,

Kami, yang menandatangani petisyen ini, ingin menyatakan sokongan kami kepada Deklarasi Rakyat atau “Citizen’s Declaration” yang dilancarkan pada 4 Mac 2016 dan mengandungi tandatangan 45 orang ahli politik, pemimpin masyarakat sivil dan intelektual yang dihormati dan disegani.

Deklarasi Rakyat ini telah memberikan inspirasi dan memaut perhatian seluruh negara. Mereka yang menandatangani Deklarasi ini tidak bersuara atau berdiri bersendirian. Kami berdiri teguh bersama mereka. Sebagaimana rakyat lain yang mempunyai kekhuatiran terhadap isu yang sama, kami juga mempunyai kepentingan dalam membina negara ini.

Deklarasi ini menggariskan perlunya kita menangani situasi negara yang kini dilanda ketidakpastian, kesangsian dan ketakutan.

Situasi ekonomi negara kita kian merosot. Kualiti kehidupan berjuta rakyat marhaen Malaysia terjejas akibat keadaan ini. Kepercayaan kepada negara kita, kepada sistem ekonomi dan politik Malaysia, berada pada paras yang terendah akibat terlalu banyak skandal dan kontroversi yang masih tidak terjawab dan ditangani.

Kepimpinan sebuah negara perlu mementingkan tanggungjawab, teladan dan inspirasi.

Seorang pemimpin mesti memimpin dengan bijak, adil dan beriltizam untuk berkhidmat kepada rakyat. Beliau perlu didorongi oleh keinginan yang ikhlas untuk memerintah dengan baik. Sekurang-kurangnya, kami memerlukan seorang Perdana Menteri yang memegang kepada komitmen untuk melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, dan memastikan kesejahteraan bagi semua rakyat Malaysia.

Jawatan Perdana Menteri tidak boleh digunakan atau dieksploitasi untuk keuntungan atau manfaat peribadi. Ia bukannya alat untuk menjamin kesetiaan menggunakan sumber negara, atau meletakkan kepentingan parti atau keluarga sendiri lebih tinggi daripada kepentingan awam.

Tanpa jaminan ini, demokrasi Malaysia, yang telah diperjuangkan dan telah dilindungi dengan titisan darah dan nayawa, menjadi kosong dan tidak bermakna.

Dato’ Seri,

Rakyat Malaysia kini marah, dan mempunyai sebab yang cukup untuk merasakan sedemikian.

Semakin ramai rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap integriti Dato' Seri sebagai pemimpin, dan keupayaan Dato' Seri untuk memimpin dan membimbing negara kita sebagai sebuah demokrasi berperlembagaan yang moden dan progresif.

Oleh itu, kami semakin kurang mengagumi atau menghormati Dato' Seri. Bukan sahaja disebabkan janji-janji yang tidak ditepati tetapi yang lebih memudaratkan adalah kebisuan Dato' Seri dalam hal-hal dan isu-isu penting. Kesimpulan kami adalah Dato' Seri mempercayai bahawa tidak perlunya ada penjelasan kepada rakyat.

Kerajaan dan parti politik Dato' Seri semakin konservatif, autoritarian, berfikiran sempit, dan kleptokratik. Kerajaan semakin tidak toleran kepada suara rakyat Malaysia yang meluahkan isi hati dan pendapat mereka tentang hal negara. Malah kerajaan baru-baru ini menyatakan kebebasan bersuara adalah satu keistimewaan dan bukannya hak yang dilindungi dibawah Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Dato' Seri telah berusaha untuk mengasingkan dan mendiamkan suara-suara kritikal, dan mengunakan instrumen kerajaan untuk meneutralkan dan memencilkan mereka yang bersuara. Ini adalah langkah-langkah ke arah rejim yang bersifat totalitarian.

Rakyat Malaysia tidak akan membisu dan menyepikan diri.

Negara kita memerlukan seorang Perdana Menteri yang memahami erti demokrasi. Memahami bahawa sebuah demokrasi berperlembagaan perlu mempunyai sekatan dan imbangan. Memahami bahawa kuasa perlu digunakan dengan bijak dan berpada, dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Memahami perlunya ada pihak Pembangkang yang merupakan nadi kepada demokrasi yang berfungsi.

Sudah terlalu lama Malaysia dan rakyatnya dilanda rasa malu akibat skandal kewangan dan kepimipinan yang tidak berkesan di bawah kepimpinan Dato' Seri. Cukuplah.

Kami mendokong saranan yang dibuat oleh 45 orang rakyat Malaysia menerusi Deklarasi Rakyat untuk:

  1. Penyingkiran Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
  2. Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
  3. Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan
  4. Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

Kita tidak mampu untuk berdiam diri. Kita mesti berdiri dan bersuara.

Kami meminta rakyat Malaysia menyertai kami dengan menandatangani petisyen ini.

Inilah negara kita. Marilah kita bergabung suara untuk membina Malaysia yang lebih baik.

This petition was delivered to:
  • Prime Minister of Malaysia
    Dato' Seri @NajibRazak


    Azrul Mohd Khalib started this petition with a single signature, and now has 54,031 supporters. Start a petition today to change something you care about.




    Today: Danny is counting on you

    Danny Chua needs your help with “Prime Minister Dato' Seri Najib Razak: Quit”. Join Danny and 54,030 supporters today.