BANTAH Jalan Sehala Brinchang, Cameron Highlands

0 have signed. Let’s get to 100!


Jalan Sehala Brinchang – Adakah ia kehendak 99% atau 1% penduduk Cameron ?

Sejarah

Jalan sehala di Brinchang telah mula dilaksanakan pada tahun 2008 atas alasan mengurangkan kesesakan lalulintas. Tetapi hampir 150 penduduk Brinchang telah berkumpul di hadapan Pejabat JKR Cameron pada 4/6/2008 menyebabkan pihak berkuasa tempatan telah menukar keputusan untuk hanya membuat jalan sehala pada hari cuti sahaja. Kesesakan lalulintas tidak pernah berkurang akibat implementasi jalan sehala. Boleh baca cerita lanjut di http://psmcameron.blogspot.my/2008/08/rakyat-cameron-berhimpun-menentang.html

 Masa kini

Jalan sehala telah mula dibuat semula pada 17/3/2017 untuk percubaan selama sebulan dan kemudian disambung untuk sebulan lagi sehingga 17/5/2017. Namun tarikh ini sudah lepas dan jalan sehala masih kekal di Brinchang.

Antara masalah jalan sehala kepada penduduk ialah:

1. secara am, penduduk Cameron terpaksa buat lintasan lebih jauh untuk sampai ke destinasi mereka di Brinchang

2. ibubapa yang mahu menghantar anak ke SJKC Brinchang terpaksa membuat lintasan jauh. Aliran kenderaan juga lebih laju di hadapan SJKC Brinchang akibat jalan sehala.

3. ramai penduduk keliru dengan implementasi ini dan menyebabkan kemalangan sering berlaku

4. ketenteramaan penduduk flat Muhibbah terjejas akibat jalan masuk ke kawasan flat mereka kini dijadikan jalan utama

5. perniagaan berkurang untuk peniaga di pusat bandar



Today: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands is counting on you

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands needs your help with “Polis Cameron Highlands: BANTAH Jalan Sehala Brinchang, Cameron Highlands”. Join Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands and 25 supporters today.