Menaik Taraf Lif di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12), Universiti Malaya

Menaik Taraf Lif di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12), Universiti Malaya

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Penghuni Prihatin started this petition to Pihak Pengurusan University Malaya and

Petisyen untuk mengganti lif-lif yang terdapat di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12), Universiti Malaya.

Lif-lif yang terdapat di kawasan kolej amatlah tidak efisien, berada di dalam keadaan yang barai dan sentiasa mengalami kerosakan. Hal ini menyukarkan gerakan para pelajar untuk urusan masing-masing seperti ke kelas, pergi makan di kafeteria, ke dewan peperiksaan dan sebagainya.

Selain itu, lif-lif tersebut tidak ditukar sejak kolej 12 dibuka iaitu pada tahun 2001/2002. Ini membuktikan bahawa umur lif tersebut telah melebihi 10 tahun.

Sebagai penghuni kolej tersebut, kami bukan tidak bersyukur tetapi kami amat risau akan kebajikan pelajar-pelajar yang terpaksa menaiki tangga setinggi 8 atau 9 tingkat apabila lif rosak. 

Lif tersebut seharusnya dijadikan kebanggaan kolej, tetapi kini telah menjadi sesuatu yang amat menyakitkan pandangan mata penghuninya. 

Antara "breaking point" yang menyebabkan kami menulis petisyen ini adalah ketika study week semester 1 2018/2019, kebanyakan pelajar telah memilih untuk menetap di kolej lain ketika tempoh ini kerana mendapati kerosakan lif amat membebankan pergerakan mereka.

Kedua, ramai pelajar tidak berpuas hati bahawa pintu rintangan api di sekitar kolej telah diganti dan dipasang dalam tempoh tersebut juga. Sedangkan, kerosakan lif telah berlaku berulang kali sepanjang semester ini dan dibiarkan begitu sahaja selama beberapa minggu dalam keadaan yang tidak berfungsi.

Hal ini menyebabkan para pelajar menyoalkan keutamaan/ priority pihak pengurusan kolej dalam menjaga kebajikan penghuni mereka. Adakah benar pihak pengurusan atau pun JTK mengambil berat tentang keselesaan dan kebajikan penghuni kolej mereka? 

Antara solusi terbaik yang dicadangkan adalah untuk menaik taraf lif tersebut. Mungkin pihak kolej atau UM tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menaik taraf semua lif sekali gus.

Oleh itu, kami berharap petisyen dapat membuka mata pihak pengurusan kolej serta Universiti Malaya tentang masalah yang dihadapi oleh penghuni kolej ini.

Sekian, 

seorang penghuni kolej yang prihatin

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!