Bantahan terhadap pick up/drop off Grab di kawasan UNIMAS

0 have signed. Let’s get to 2,500!


[LAPORAN HASIL MESYUARAT GRAB]

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 25 September 2017, Bahagian Keselamatan telah menerima surat dari pihak GRAB untuk menjadikan UNIMAS sebagai rakan strategik rasmi. Oleh itu, satu perjanjian persefahaman (MOA) antara UNIMAS & GRAB telah dibuat dan draf ini telah dimajukan kepada pihak GRAB pada 25 Januari 2018. MOA ini telah dirujuk kepada Pejabat UNIMAS Global & Pejabat Penasihat Undang-Undang UNIMAS.

Bahagian Keselamatan dimaklumkan yang semakan draf MOA akan diketahui dalam hujung bulan Mac 2018. Namun, sehingga akhir April 2018, status MOA masih dibincangkan. Pada 11 Mei 2018, Bahagian Keselamatan telah menghubungi pihak GRAB di Kuala Lumpur, pihak GRAB memaklumkan yang keputusan akan diketahui pada hujung Mei 2018.

Sementara menunggu maklum balas dari pihak GRAB mengenai MOA antara UNIMAS & GRAB, satu perbincangan mengenai isu GRAB telah diadakan pada 25 Mei 2018 @ jam 9.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Keselamatan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Keselamatan dengan kehadiran Pengarah UNIMAS Global, wakil pihak GRAB, wakil ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan beberapa orang pegawai Bahagian Keselamatan.

Berikut adalah persetujuan yang telah dicapai hasil perbincangan yang diadakan:-

1. Masa Operasi kenderaan GRAB di UNIMAS- 7.00 pagi sehingga 10.00 malam (selepas waktu ini kenderaaan GRAB hanya dibenarkan menghantar penumpang masuk dan dikehendaki keluar terus dari kawasan Universiti).

2. Peraturan Masuk UNIMAS- Kenderaan GRAB dikehendaki melapor diri di pintu masuk dan meninggalkan kad pengenalan diri untuk mendapatkan Pas Kenderaaan Pelawat. Pas Kenderaan Pelawat hendaklah dipamerkan di atas dashboard hadapan kenderaaan.

3. Larangan Merokok- Kawasan Universiti UNIMAS telah diwartakan kawasan larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelanggarannya boleh dikenakan kompaun.

4. Lokasi Mengambil/ Menurun Penumpang (Pick-up dan Drop Zone)- Terdapat 12 lokasi yang telah dipersetujui. Kenderaan GRAB tidak dibenarkan mengambil/ menurunkan penumpang di lokasi lain selain dari yang ditetapkan. Rujuk lampiran peta dibawah.

5. Tidak Dibenarkan Menunggu- Kenderaan GRAB hendaklah keluar dari kawasan Universiti selepas menurukan penumpang.

6- Kebenaran menghantar penumpang ke dalam kawasan kolej kediaman diberikan kepada kenderaan GRAB semasa berikut:-
i- Awal Semester
ii- Akhir Semester
iii- Majlis Konvokesyen
iv- Pendaftaran Pelajar- Minggu Aluan Pelajar

Pihak GRAB telah dipohon untuk mematuhi keputusan yang telah dipersetujui ini dalam usaha Bahagian Keselamatan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di dalam Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sekian, Terima kasih.

"Legasi Harmoni, Inspirasi Mahasiswa"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Malaysia Sarawak sesi 2017/2018



Today: annonymous is counting on you

annonymous student needs your help with “Pihak Keselamatan Unimas: Bantahan terhadap pick up/drop off Grab di kawasan UNIMAS”. Join annonymous and 1,573 supporters today.