Pelbagaikan Kaedah Bayaran Di Semua Laluan Tol

Pelbagaikan Kaedah Bayaran Di Semua Laluan Tol
Why this petition matters

Perbincangan tentang isu tol di Malaysia: https://youtu.be/MLWvmQc5zAY
Sebagai pengguna lebuhraya dan pembayar tol, sudah semestinya apabila anda melalui tol, anda akan nampak beberapa lorong yang dibuat khas untuk jenis bayaran yang anda nak gunakan. Ada lorong Touch 'n Go, ada lorong smart tag, ada lorong untuk bayar duit sekiranya baki anda tidak mencukupi dan yang terkini adalah lorong untuk pengguna RFID.
Persoalannya kenapalah tidak dibuat sahaja supaya setiap lorong boleh menggunakan semua jenis kaedah pembayaran. Terpulang kepada pengguna untuk gunakan kad Touch 'n Go, smart tag, atau RFID.
Laluan khas untuk jenis pembayaran yang berbeza ini menyukarkan pengguna, terutamanya apabila berlaku kes kekurangan baki dan juga kesilapan memasuki laluan. Kes-kes seperti kenderaan yang mengundur untuk menukar lorong disebabkan kesilapan atau kekurangan baki ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain.
Melalui petisyen ini, kita meminta kesemua pihak yang berkenaan untuk mempelbagaikan kaedah pembayaran tol di setiap laluan untuk memudahkan pengguna membuat bayaran.
Terima Kasih
Adil Hidayat Rosli
Pendakwah Teknologi