Petisyen Menambahkan Mesin ATM di Pekan Malim Nawar, Perak

0 have signed. Let’s get to 200!


Pada 27/01/2018 Parti Sosialis Malaysia, Kampar telah menerima aduan daripada beberapa individu melalui telefon dan juga sosial media Facebook (Malim Nawar Insider) berhubung perkhidmatan mesin ATM di Pekan Malim Nawar, Perak.

Adalah difahamkan bahawa lebih 6000 penduduk menetap di sekitar Pekan Malim Nawar. Tetapi hanya terdapat satu Mesin ATM (Maybank) yang terletak di 26A, Jalan Besar, 31700, Malim Nawar untuk kegunaan penduduk di sekitar kawasan ini.  Memandangkan jarak di antara Bandar Kampar dan Pekan Malim Nawar adalah 12KM penduduk di sekitar Malim Nawar termasuk lebih 2000 penduduk di Pekan Tg.Tualang bergantung sepenuhnya kepada satu-satunya mesin ATM ini.

Ini menyebabkan pada waktu puncak penduduk di sekitar kawasan ini menghadapi kesukaran kerana perlu beratur panjang untuk lebih 30minit hingga 1 jam untuk mengeluarkan duit mahupun membuat transaksi. Keadaan ini sangat merumitkan warga tua dan juga mereka yang tiada pengangkutan sendiri untuk pergi ke Bandar Kampar. 

Justeru, PSM Kampar memohon sokongan daripada penduduk di sekitar Malim Nawar dan Tg. Tualang untuk menyokong petisyen menambahkan Mesin ATM di Pekan Malim Nawar sekiranya anda bersetuju ia adalah satu keperluan yang akan memanfaatkan penduduk di sekitar kawasan ini. 

 Sekian

#BinaKuasaRakyat. Salam Perjuangan 



Today: PSM Kampar is counting on you

PSM Kampar needs your help with “Petisyen menambahkan Mesin ATM di Pekan Malim Nawar, Perak”. Join PSM Kampar and 156 supporters today.