Victory

Kerajaan Perlu Pandang Serius Isu Menghina Nabi Muhammad SAW.

This petition made change with 1,944 supporters!


Yang Amat Berhormat Tun,

ISU AGAMA ISLAM ADALAH ISU SENSITIF

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, didapati terlalu banyak insiden-insiden berkaitan penghinaan terhadap Allah DWT, Nabi Muhammad SAW dan agama islam yang dilakukan oleh individu bukan islam di negara kita. Golongan ini semakin hari semakin berani mencemuh, mempersendakan, menghina, mencerca dan memaki hamun Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Tindakan mereka ini telah membangkitkan kemarahan umat islam dan sekiranya ia tidak dibendung, kami khuatir ia mampu mencetuskan pergaduhan antara agama dan menggugat ketenteraman dan keharmonian negara. 

Berdasarkan beberapa insiden penghinaan terhadap Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan agama islam yang dicetuskan oleh beberapa individu di laman Facebook dan media sosial yang lain, kami mendapati pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara gagal melaksanakan tugas mereka dengan tegas, adil dan saksama. Mereka dilihat melaksanakan tugas sambil lewa dan tidak serius dalam berhadapan dengan kes berkaitan menghina islam.

Sebagai ummat islam yang cintakan keimanan serta menghormati undang-undang negara ini, kami berharap agar tindakan yang lebih tegas, adil dan saksama diambil ke atas mereka yang menghina Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan agama islam.

TUNTUTAN KAMI

  1. Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad selaku Perdana Menteri Malaysia yang juga wakil kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga Ketua Agama Islam bagi Negara Malaysia untuk membawa isu berkaitan penghinaan terhadap Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan agama islam supaya dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang akan datang.
  2. Kami memohon agar Tun dapat menyampikan desakan umat sejagat Kajang kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Aging dan Majlis  Raja-Raja supaya memastikan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia untuk bertindak dengan lebih agresif  dan proaktif dengan menangkap mereka yang menghina Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan agama islam.
  3. Kami memohon agar Tun dapat mencadangkan kepada kerajaan melalui Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mereka yang menghina Allah SWT, Nabi Muhammd SAW dan Agama Islam dikenakan hukuman yang berat dan tidak diberikan sebarang bentuk keampunan agar menjadi tauladan dan pengajaran kepada rakyat jelata supaya tidak sesekali mencetuskan isu membabitkan penghinaan terhadap agama islam.
  4. Kami memohon agar Tun dapat mencadangkan kepada kerajaan melalui Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya diperketatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan menghina agama dan jika perlu, suatu undang-undang khas berkaitan penghinaan terhadap agama islam perlu digubal sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. 
  5. Kami memohon Tun dapat mencadangkan kepada kerajaan melalui Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu supaya memastikan Peguam Negara sedia ada iaitu Tommy Thomas menjalankan tugas dengan telus, adil dan saksama. Malah integriti dan kemampuan beliau melaksanakan tugas sebagai Peguam Negara patut dipantau oleh Tun sendiri bagi menangani kes berkaitan penghinaan terhadap islam dengan efektif dan efisyen.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat daripada seluruh ummat sejagat Kajang, Selangor.

 

Daripada 

Barisan Hadapan PKR Serdang

Ummat Sejagat Kajang, Selangor

 

 



Today: Perpaduan Komuniti Rakyat is counting on you

Perpaduan Komuniti Rakyat needs your help with “perpaduankomunitirakyat@gmail.com: Kerajaan Perlu Pandang Serius Isu Menghina Nabi Muhammad SAW.”. Join Perpaduan Komuniti Rakyat and 1,943 supporters today.