SPEAKER DEWAN RAKYAT MUSLIM YANG BERPEGANG PADA ALQURAN & SUNNAH

0 have signed. Let’s get to 100!


Malaysia merupakan sebuah negara Islam, yang majoritinya terdiri daripada Muslim.  Walaupun tidak dinafikan kewujudan agama serta bangsa lain, tetapi bangsa Melayu merupakan bangsa utama di Malaysia.  Hatta Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Justeru itu, Pertubuhan Bangsa Gagah Bersatu Malaysia (KUMEGA) yang terdiri daripada pelbagai agama/bangsa, ingin menekankan tentang peri pentingnya jawatan Speaker Dewan Rakyat dipegang oleh individu Muslim yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah.

Selain fakta Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, kami yakin hanya Muslim yang benar-benar mampu mempertimbangkan perkara-perkara yang menyentuh isu agama Islam serta Muslim.  Pelbagai isu berkaitan dengan Islam sedang ditimbulkan di peringkat global dan Malaysia turut tidak terlepas daripada isu-isu tersebut.  Penyelesaiannya mestilah berpandukan al-Quran dan Sunnah.

Pertubuhan Bangsa Gagah Bersatu Malaysia (KUMEGA) menyeru DYMM YDP Agung serta YAB Perdana Menteri memastikan jawatan Speaker Dewan Rakyat dipegang oleh seorang Muslim - khususnya Muslim yang berpegang-teguh pada ajaran al-Quran dan Sunnah - demi maslahat Muslim dan non-Muslim di tanahair tercinta ini.

https://kumega.org



Today: PERTUBUHAN BANGSA GAGAH BERSATU MALAYSIA is counting on you

PERTUBUHAN BANGSA GAGAH BERSATU MALAYSIA needs your help with “PERDANA MENTERI: SPEAKER DEWAN RAKYAT MUSLIM YANG BERPEGANG PADA ALQURAN & SUNNAH”. Join PERTUBUHAN BANGSA GAGAH BERSATU MALAYSIA and 43 supporters today.