Tambah baik pengeluaran i-Citra. RM10K - RM6K bulan pertama, RM1K 4 bulan berikutnya

Tambah baik pengeluaran i-Citra. RM10K - RM6K bulan pertama, RM1K 4 bulan berikutnya

0 have signed. Let’s get to 7,500!
At 7,500 signatures, this petition is more likely to get a reaction from the decision maker!
Ed D started this petition to Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri Malaysia) and

Pencarum telah lama menuntut agar inisiatif i-Sinar 2.0 diwujudkan berikutan krisis pandemik Covid-19 yang melanda negara semakin meruncing sehingga mengakibatkan kehidupan pencarum terkesan.

Kerajaan memperkenalkan inisiatif i-Citra, iaitu pengeluaran maksimum RM5,000 daripada Akaun 2 dan Akaun 1 KWSP dan dibayar sebanyak RM1,000 setiap bulan selama 4 bulan.

Namun begitu, kerajaan seharusnya lebih peka akan keperluan mendesak para pencarum yang telah lama menanggung kesan daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai yang telah hilang mata pencarian dan mereka masih lagi perlu menyara seisi keluarga.

Pelbagai pakej bantuan yang diumumkan oleh kerajaan untuk mendepani situasi getir adalah tidak mencukupi berbanding keperluan sebenar rakyat. Rakyat tidak akan memilih untuk mengeluarkan wang simpanan untuk hari tua mereka sebagai "first option" sekiranya mereka menerima bantuan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, saya dengan perasaan rendah diri ingin mengumpul sokongan sebanyak mana yang boleh daripada para pencarum untuk menyuarakan hasrat agar kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk menambah baik inisiatif pengeluaran i-Citra.

Cadangan tambah baik i-Citra:

1. Meningkatkan had pengeluaran maksimum i-Citra kepada RM10,000

2. Meningkatkan jumlah bayaran bulan pertama kepada RM6,000 dan diikuti dengan RM1,000 untuk empat bulan yang seterusnya

Tindakan kerajaan membenarkan perkhidmatan kredit komuniti dan pemberi pinjam wang berlesen adalah sangat berbahaya. Jangan biarkan pencarum terdesak memilih jalan mudah untuk berhutang.

Mohon sokongan tuan-tuan dan puan-puan.

0 have signed. Let’s get to 7,500!
At 7,500 signatures, this petition is more likely to get a reaction from the decision maker!