Lucutkan jawatan 3 Menteri gagal bendung Covid-19 di Malaysia

Lucutkan jawatan 3 Menteri gagal bendung Covid-19 di Malaysia

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Rakyat Marhaen started this petition to Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tiga Menteri Kabinet perlu dilucutkan jawatan; Menteri Pertahanan YB Ismail Sabri, Menteri Kesihatan YB Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi YB Noraini Ahmad kerana gagal menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga kes Covid dala negara meningkat jauh lebih tinggi dari gelombang pertama. 

Kegagalan Menteri Pertahanan menguatkuasakan kuarantin 14 hari untuk mereka yang pulang dari Sabah, sebaliknya mengenakan hanya 3 hari jelas bertentangan dengan SOP yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini. Kenyataan beliau menjadikan rakyat malah rakan menteri menjadi keliru dan melanggar SOP yang sepatutnya.

Menteri Kesihatan pula gagal mengepalai negara dalam perang melawan Covid-19, malah langsung tidak kelihatan. Beliau muncul hanya untuk memberi kenyataan dangkal seperti minum air suam untuk elak Covid dan menuduh rakyat sudah alpa punca kenaikkan angka kes Covid. Beliau seperti lupa rakan jemaah menteri beliau sehingga kini masih belum didakwa setelah pergi bercuti ke Turki ketika rakyat dilanda wabak.

Menteri Pengajian Tinggi gagal memberikan arahan jelas mengakibatkan mahasiswa ramai yang terkandas di kampus dan membuka ruang untuk kluster baru muncul.

Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh mengekalkan tema Kerajaan Prihatin jika memecat ketiga-tiga menteri yang  sangat menyusahkan rakyat ini.

 

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!