SELAMATKAN ANAK-ANAK MALAYSIA DARIPADA VAPE

0 have signed. Let’s get to 150,000!


UPDATE !

Kami, MENYOKONG langkah yang akan diambil kerajaan untuk MELARANG SEPENUHNYA penjualan rokok elektronik dan vape di negara kita bagi melindungi rakyat daripada terpengaruh dengan produk berbahaya ini.

Penggunaan vape di kalangan pelajar semakin meningkat saban tahun. Dianggarkan 300,000 pelajar sekolah telah dikesan menggunakan Vape atau Rokok Elektronik. Itu FAKTA yang diperolehi dari hasil kajian TECMA 2016.

Tidakkah anda RISAU dan BIMBANG dengan pelbagai aksi pelajar sekolah vape dan pendedahan isu vape oleh guru-guru di media sosial?

Mewakili ibu bapa & guru-guru, memorandum ini diutuskan sebagai solidariti masyarakat untuk disampaikan kepada pemimpin masyarakat dan pihak kerajaan untuk MELINDUNGI kanak kanak & pelajar sekolah daripada pengaruh dan penjualan rokok elektronik di Malaysia yang didapati semakin berleluasa ketika ini. 

Kajian telah membuktikan pendedahan nikotin kepada otak pelajar yang sedang berkembang boleh menjejaskan tumpuan, ingatan, kognitif dan fungsi otak kanak kanak dan remaja. Mereka juga berisiko untuk terjebak dengan penggunaan rokok dan dadah merbahaya lain.

Kajian juga menunjukkan banyak kesan sampingan dan komplikasi kesihatan daripada penggunaan rokok elektronik dan vape ini. 

Dan saban hari laporan kematian berkaitan daripada penggunaan rokok elektronik dan vape di Amerika ketika ini semakin meningkat sehingga pihak berkuasa di Amerika sudah mengambil langkah mengharamkan (ban) produk ini.

Negara-negara jiran terdekat seperti Thailand dan Singapura pun telah lama mengambil langkah melarang produk ini beberapa tahun lepas.

Adakah anda masih mahu berdiam diri dengan angka dan fakta yang cukup membimbangkan ini?

Oleh itu, KAMI MENGGESA KERAJAAN agar DENGAN SEGERA MELARANG (BAN) sebarang penjualan, pemasaran, pengiklanan, pengedaran dan pemasaran rokok elektronik dan vape di negara kita. 

Tandatangani petisyen ini SEKARANG

#MalaysiaHaramVape
#MalaysiaBanVape
#SelamatkanAnakAnakMalaysia

Dijayakan oleh : Parent & Teacher Action Group Malaysia



Today: Rusyainie is counting on you

Rusyainie Ramli needs your help with “PERDANA MENTERI MALAYSIA: SELAMATKAN ANAK-ANAK MALAYSIA DARIPADA VAPE”. Join Rusyainie and 97,816 supporters today.