Petisyen Tolak Tugu Wira Jepun

0 have signed. Let’s get to 2,500!


Petisyen Untuk Mendesak Kerajaan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Untuk Merobohkan Tugu Wira Jepun di Alor Setar Yang Telah Dibaikpulih dan Perletakan Jawatan Mereka-mereka Yang Terlibat Dalam Pembaikpulihan dan Majlis Perasmian Tugu Wira Jepun Tersebut

 

Petisyen ini mendesak Kerajaan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman untuk merobohkan Tugu Wira Jepun yang telah dibaikpulih dan dirasmikan pada 21 Mac 2019 di perkarangan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Kedah Darul Aman.

 

Petisyen ini juga mendesak mereka-mereka yang berjawatan di dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikpulihan, penggunaan nama “Tugu Wira Jepun” dan majlis perasmian Tugu Wira Jepun tersebut untuk meletakkan jawatan. Antara mereka-mereka yang perlu meletak jawatan adalah:

 

(1) Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir;

(2) Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia, Datuk Mohammadin Bin Ketapi;

(3) Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni & Budaya Negeri Kedah Darul Aman, En. Mohd Asmirul Anuar Aris;

(4) Ketua Pengarah Muzium Negeri Kedah Darul Aman.

 

Zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu titik hitam di dalam sejarah Malaysia yang tidak dapat dan tidak patut dilupakan. Kekejaman tentera Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua telah menghantui sesesiapa yang pernah menjadi mangsa atau saksi kepada kekejaman tersebut.  Dianggarkan seramai 70,000 mangsa telah terkorban di Semenanjung Malaysia sahaja tidak termasuk mangsa-mangsa yang telah dibunuh di Sabah dan Sarawak, mangsa-mangsa buruh paksa yang telah dihantar ke luar negara dan wanita-wanita dan gadis-gadis yang telah diperkosa oleh tentera Jepun.

 

Sekian Terima Kasih.

 

[ PETISYEN INI ATAS INISIATIF PERTUBUHAN SAHABAT ERAT DAN AMANAT RAKYAT (SEDAR) MALAYSIA – facebook.com/kitaSEDARmalaysia ]