Petisyen Krisis Pencemaran Toksik Sungai Kim Kim Pasir Gudang

0 have signed. Let’s get to 35,000!


Petisyen Mendesak Pemimpin-pemimpin Yang Telah Cuai Dalam Menangani Krisis Pencemaran Toksik Di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Untuk Meletak Jawatan Dan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Untuk Menyiasat Kecuaian Dalam Menangani Krisis Ini

 

Petisyen ini mendesak pemimpin-pemimpin yang tersenarai di bawah untuk meletak jawatan kerana telah gagal melaksanakan tugas mereka dalam menangani krisis pencemaran toksik di Sungai Kim Kim sehingga membahayakan nyawa rakyat negeri Johor Darul Ta’zim terutamanya di Pasir Gudang.

 

Insiden pencemaran toksik ini telah dilaporkan bermula pada 7 Mac 2019 dan berterusan sehingga ke tarikh petisyen ini tanpa sebarang tindakan komprehensif, tersusun dan menyeluruh. Atas sebab kecuaian mereka yang tersenarai di bawah ini sebagai pemegang portfolio dan tugas-tugas berkaitan, hari ini pada 13 Mac 2019, beratus-ratus rakyat Johor yang kebanyakannya kanak-kanak dan pelajar sekolah dilaporkan telah menghadapi situasi yang mengancam nyawa mereka. Oleh itu petisyen ini mendesak mereka yang tersenarai di bawah untuk meletak jawatan:

 

(1)       Datuk Osman Sapian, Menteri Besar Johor Darul Ta’zim;

(2)       Dr. Sahruddin Bin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Dan Pertanian Johor Darul Ta’zim;

(3)       Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim;

(4)       Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan;

(5)       Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan;

(6)       Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang; dan

(7)       Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri Permas.

 

Petisyen ini juga mendesak supaya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kecuaian dalam menangani krisis pencemaran toksik ini.

 

Tindakan dan hukuman maksimum mesti dikenakan kepada pelaku-pelaku yang bertanggungjawab.

 

Sekian Terima Kasih.

 

[PETISYEN INI ATAS INISIATIF PERTUBUHAN SAHABAT ERAT DAN AMANAT RAKYAT (SEDAR) MALAYSIA]


Want to share this petition?