BANTAH PELAKSANAAN DASAR-DASAR BAHARU PTPTN 2018

BANTAH PELAKSANAAN DASAR-DASAR BAHARU PTPTN 2018

0 have signed. Let’s get to 50!
At 50 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Khairul Anuar started this petition to PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL and
Problem
PTPTN mengemukakn dasar-dasar baharu tanpa merujuk atau mengkaji secara mendalam kesan-kesan ke atas rakyat Malaysia terutamanya berkenaan potongan gaji secara progresif daripada 2 peratus hingga 15 peratus berdasarkan gaji bulanan peminjam yang dilihat membebankan majoriti peminjam jika tidak diperhalusi dengan hikmah.

Solution
PTPTN sepatutnya memburu dan mengejar peminjam-peminjam culas dan sengaja melarikan diri dari membayar hutang dahulu dan tidak menghukum peminjam-peminjam yang berusaha membayar pinjaman secara berkala dan tepat pada masanya.

Kami merayu agar dasar ini dikaji semula dan tidak menghukum peminjam-peminjam yang komited membayar hutang setiap bulan. Komitmen peminjam perlu diambil kira secara mendalam.

Personal story
Saya sendiri telah melangsaikan pinjaman PTPTN saya namun saya memohon kepada PTPTN untuk mengkaji sekali lagi dasar ini kerana ramai lagi kawan-kawan saya yang masih berusaha melangsaikan pinjaman PTPTN ini. Mereka bukan peminjam culas tetapi adalah warga Malaysia yang kuat bekerja demi keluarga masing-masing dan berusaha mencari pendapatan bagi melangsaikan pinjaman PTPTN. Hutang wajib dibayar itu kami faham namun kami juga merayu budi bicara dan nilai-nilai kemanusiaan dipraktikkan dalam memungut hutang.
0 have signed. Let’s get to 50!
At 50 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!