PR1MA, SELESAIKAN DEFECT RUMAH KAMI DAN LENGKAPKAN FASILITI DI RESIDENSI PR1MA TEBRAU.

PR1MA, SELESAIKAN DEFECT RUMAH KAMI DAN LENGKAPKAN FASILITI DI RESIDENSI PR1MA TEBRAU.
Kami, Residen Residensi PR1MA Tebrau, mendesak agar Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) secara komited melakukan kerja kerja membaik pulih segala kerosakan di unit kediaman kami dengan kadar segera sebelum tempoh Defect Liability Period berakhir. Sehingga kini sudah ada 500 laporan kerosakan unit kediaman yang telah dilaporkan dan kesemua laporan telah melebihi 30 hari dan kerja pembaikan masih belum selesai.
Kami juga mendesak PR1MA untuk membuat serahan projek Residensi PR1MA Tebrau ini melalui kontraktor utama mereka, Prisma Harta kepada syarikat pengurusan bangunan Proharta dalam keadaan semua fasiliti yang telah dijanjikan lengkap sepenuhnya.
Kami mahu PR1MA bertanggungjawab untuk memenuhi semua perjanjian jual beli dan bukan hanya mengenakan bayaran maintenance fee tanpa sebarang fasiliti yang lengkap.
Pesanan buat PR1MA, Janganlah hanya membuat kerja ibarat melepaskan batok ditangga. Disebabkan oleh Residensi PR1MA Tebrau ini didiami oleh orang melayu, kualiti bangunan Residensi PR1MA Tebrau ini sangat menyedihkan, tidak berbaloi dengan harga rumah yang residen bayar.