Petition Closed

Kekalkan Rekabentuk Asal Pintu Gerbang Kampong Bharu, Kuala Lumpur

This petition had 166 supporters


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Tanggal 20hb Mac 2017, merupakan tarikh yang amat mendukacitakan bagi penduduk Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Ini berikutan bermulanya kerja-kerja membawa turun mercu simbolik pintu gerbang Kampong Bharu yang telah berdiri teguh sejak sekian lama.

Mercu simbolik ini akan dirobohkan dan digantikan dengan pintu gerbang yang baru. Amat mendukacitakan juga, cadangan projek tersebut diluluskan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu tanpa berunding dan meminta pungutan suara penduduk Kampong Bharu.

Agak terkesan dengan tindakan ini, kami penduduk Kampong Bharu mengadakan petisyen bantahan supaya pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu menghentikan projek tersebut serta merta.

Kami bukan menolak pembangunan, tapi kami kesal kerana salah satu mercu simbolik yang agak sinonim dengan penduduk Kampong Bharu diusik dan dimusnahkan tanpa mengekalkan sejarah lama.

"KAMI PENDUDUK KAMPONG BHARU TIDAK BESETUJU KERJA-KERJA MENGUBAHSUAI DAN REKABENTUK PINTU GERBANG YANG BARU.SILA KEKALKAN REKABENTUK YANG LAMA"

Sila tandatangan petisyen ini supaya projek tersebut dapat dibatalkan.

Sekian terima kasih



Today: MOHD SUHAIMI is counting on you

MOHD SUHAIMI KEMAT needs your help with “Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu: Kekalkan Rekabentuk Asal Pintu Gerbang Kampun Baru, Kuala Lumpur”. Join MOHD SUHAIMI and 165 supporters today.