Penolakan penukaran nama Bukit St. Paul (St. Paul's Hill) ke nama asal, Bukit Melaka.

Penolakan penukaran nama Bukit St. Paul (St. Paul's Hill) ke nama asal, Bukit Melaka.

0 have signed. Let’s get to 25,000!


Kami anak jati Melaka menolak cadangan penukaran nama Bukit St.Paul (St.Paul's Hill) ke nama asal, iaitu Bukit Melaka.

Menggunakan nama St.Paul tidak langsung bermaksud mempromosi atau mengagung-agungkan gereja runtuh yang diatas bukit tersebut. Ia merupakan salah satu bukti sejarah kuno yang telah berlaku dan tidak patut ditukar sewenang-wenangnya oleh masyarakat kini - seolah-olah ingin menukar sejarah kepada sediakala. Walhal, gereja runtuh tersebut bukan lagi sebuah gereja berfungsi tetapi salah satu bukti sejarah.

Bukit St.Paul's telah dikenali dipelosok dunia dan sinonim sebagai salah satu tapak bersejarah yang tersohor bukan sahaja di Melaka/Malaysia tetapi dipeta dunia. Ia juga merupakan salah satu simbol kepelbagaian sejarah dan budaya di Melaka khususnya dan Malaysia.

Proses penukaran nama asal Bukit Melaka ke nama Bukit St.Paul's dan sejarahnya patut diajar kepada generasi pelapis sebagai salah satu pengajaran yang bermakna dan memahami tragedi yang berlaku. Sejarah yang berlaku telah terpahat dan tidak mungkin diubah, tetapi generasi baru boleh memahami pentingnya rakyat bersatupadu dan mengambil itizam untuk terus mempertahan dan menjaga nama baik tanahair.