Jual Pasukan Perak Segera, Berambus Ahli Politik

Jual Pasukan Perak Segera, Berambus Ahli Politik

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Luqman Humaidi started this petition to Penyokong pasukan Perak

Pasukan bola sepak Perak telah wujud 100 tahun yang lalu. Namun, akhir-akhir ini, keadaan yang sangat mendukacitakan melanda pasukan yang amat kita sayangi. Amat tidak wajar apabila perkara ini berlaku setiap kali bertukar tampuk pemerintahan kerajaan negeri dan perkara ini dilihat tidak berkesudahan walaupun FAM telah mewajibkan penukaran kepada status kelab bola sepak bagi pasukan yang bertanding dalam Liga Super Malaysia mulai 2021. 

Sebagai peminat setia, kita amat mengharapkan pasukan diletakkan di bawah pengurusan yang benar-benar professional dan bebas dari sebarang kepentingan peribadi. Ada dua pilihan yang boleh dipertimbangkan, sama ada

1. segera menjual pasukan kepada pengurusan yang mempunyai sumber dan dana yang kukuh; atau

2. mempertimbangkan untuk mengembalikan pasukan kepada peminat, dalam erti kata lain menjadikan pasukan Perak sebagai milikan peminat seperti yang dipraktikkan oleh kelab bolasepak dari Sepanyol. 

Justeru, dimohon para peminat Perak untuk menandatangani petisyen atas talian ini bagi menekan pihak-pihak yang mempergunakan kuasa dalam PAFA supaya melepaskan jawatan dengan segera dan bebaskan pasukan Perak dari politik! 

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!