Membenarkan Ibu bapa / penjaga untuk menghantar makanan dan barang keperluan ke asrama

Membenarkan Ibu bapa / penjaga untuk menghantar makanan dan barang keperluan ke asrama
Kami pelajar asrama Teknik Terengganu memohon pengetua untuk membenarkan ibubapa / penjaga kami menghantar barang keperluan tinggal di asrama dan makanan kering.
Adakah wajar tidak dibenarkan untuk menghantar barang keperluan sedangkan Koperasi sekolah ditutup?
adakah wajar tidak dibenarkan untuk menghantar makanan jika perkhidmatan food delivery tidak dibenarkan?
sedangkan pusat yang mempunyai kes positif covid 19 yang disahkan juga membenarkan makanan dan barangan luar dihantar?
Jika pihak sekolah membenarkan koperasi sekolah dibuka, adakah stock semua ada? Adakah janji akan dikotakan? Adakah koperasi akan dibuka dengan betulnya?
Jika menghantar duit juga tidak dibenarkan, bagaimana pelajar ingin berbelanja di koperasi? adakah tersedia ATM di koperasi?
Jika perlu transfer kepada guru, adakah warden sempat melayan semua pelajar yang ramai? Sedangkan PKP dikuatkuasakan di luar sana, lagi susah guru untuk bergerak.
Oleh itu, kami yang "sign" petition ini memohon agar tuan pengetua membenarkan ibu bapa dan penjaga kami menghantar makanan dan barangan keperluan ke asrama.
Sekian,
WARGA ASRAMA TEKNIK TERENGGANU