Selesaikan Masalah Bekalan Air Di Selangor

Selesaikan Masalah Bekalan Air Di Selangor

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Mohd Riza started this petition to Penduduk Selangor and

Negeri Selangor merupakan sebuah negeri termaju dan di antara yang terkaya di Malaysia. Dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan tertumpu di kawasan Lembah Kelang, Negeri Selangor adalah pusat kepada penjanaan ekonomi Negara Malaysia.

Namun sayangnya, negeri yang seringkali diangkat sebagai yang termaju dan kaya ini masih dihantui dengan masalah bekalan air yang tidak berkesudahan dan seringkali menyusahkan rakyat.

Diharapkan agar petisyen ini dapat membantu dalam menggesa pihak-pihak terlibat agar segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah bekalan air di Negeri Selangor.

Semoga ini dapat memberi manfaat kepada warga Selangor serta perniagaan-perniagaan yang sering terjejas akibat dari gangguan bekalan air yang berterusan menghantui Negeri Selangor.

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!