Bantahan Ratifikasi Konvenyen Antarabangsa ICERD

0 have signed. Let’s get to 200,000!


Bantahan Ratifikasi International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) kerana bercanggah dengan Perlembagaan
 
ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa Hak Asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969. Malaysia tidak pernah menandatanganinya apalagi meratifikasinya. 

Apakah implikasi meratifikasikan ICERD?
 
Mengikut ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa/kaum (racial diskrimination).[1]Negara tersebut tidak boleh langsung ada undang-undang yang mendiskriminasi mana-mana kaum dan bangsa.[2] 
 
Takrif diskriminasi kaum di bawah ICERD adalah amat luas. Artikel 1 mendefinasikan “racial discrimination” sebagai “any distinction, exclusion, restriction or preference based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose or effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural or any other field of public life.
 
Definasi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut. Maka sekiranya ICERD diratifikasikan:

1) MARA hendaklah ditutup
2) MRSM hendaklah ditutup
3) UiTM ditutup
4) Reserve Tanah Melayu hendaklah dihapuskan.
5) Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi.
6) Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan.
7) Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan.
8) Syarat bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendakalah dihapuskan.
(kecualilah yang diatas dipinda selain dari tujuan asalnya.)
 
Mengikut Artikel 5 ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi dalam perlaksanaan hak politik (Political Rights”). Ini bermakna parti politik berdasarkan kaum atau bangsa adalah salah dan perlu dihapuskan di bawah ICERD kerana ia mendiskriminasi ahlinya mengikut kaum. Sebagai contoh KOMAS, sebuah NGO Hak Asasi Manusia terkemuka yang mempelopori ratifikasi ICERD dan juga ahli Comanggo, telah menyenaraikan penubuhan PPBM sebagai satu insiden “racial discrimination” di dalam lapuran “Malaysian Racial Discrimination Report 2016”[3].
 
Berdasarkan di atas, adalah jelas ICERD bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan tidak boleh diratifikasikan. Kalaupun mahu diratifikasikan, Artikel 153 hendaklah dipinda terlebih dahulu. Persetujuan Majlis Raja-raja juga mesti diperolehi dan tidak boleh dibelakangkan. Konvensyen ini tidak boleh dijaja sebagai alasan untuk memaksa kita meminda Perlembagaan dan Raja-raja memberi persetujuan.
 
Adakah Artikel 153 boleh dikecualikan daripada ICERD?
 
Jerald Joseph, ahli lembaga pengarah Komas, Pesuruhjaya Suhakam dan ahli “Consultative Council on Foreign Policy” yang baru ditubuhkan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, menyatakan bahawa Artikel 153 termasuk di bawah pengecualian ICERD.
 
Pengecualian di bawah ICERD adalah termaktub di bawah Artikel 1 yang menyatakan seperti berikut:
 
“Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groupsand that they shall not be continued after the objectivesfor which they were taken have been achieved.”  
 
Mengikut pengecualian di atas, adalah bukan diskriminasi sekiranya menepati ciri tersebut:
 
1) diskriminasi adalah untuk memastikan kumpulan tersebut menikmati hak asasi yang sama
2) tidak menimbulkan hak berlainan bagi bangsa yang berlainan
3) ia dihentikan sekira objektifnya tercapai.
 
Jadi kalau kita ambil contoh MARA dan Tanah Simpanan Melayu (Malay Reserve Land) (“TSM”), adakah ia untuk memastikan bangsa Melayu dan Bumiputera menikmati hak asasi pendidikan dan pemilikan tanah yang sama dengan yang lain? Perlukah MARA dan TSM wujud supaya orang melayu atau bumiputera mendapat hak pendidikan dan pemilikan tanah? Bukankah MARA dan TSM akan menimbulkan hak berlainan yang memihak bangsa melayu dan Bumiputera? Apakah termaktub objektif di bawah Artikel 153 dan undang-undang sedia ada berkenaan MARA dan Tanah Simpanan Melayu di mana ia hendaklah dihentikan setelah mencapai objektifnya?
 
Jelas jawapannya tidak menepati ciri-ciri pengecualian tersebut. Maka Artikel 153 akan ditakrif sebagai “racial discrimination” dan perlu dihapuskan mengikut ICERD.
 
Lagipun Artikel 20 ICERD melarang pengecualian ataupun “reservation” yang bercanggah dengan objektif dan tujuan ICERD. Malaysia bukan sahaja memerlukan pengecualian bahagian definisi tetapi lebih separuh daripada peruntukan teras ICERD. Ini adalah bertentangan dengan tujuan ICERD dan boleh dibantah oleh negara lain.
 
Seperkara lagi adalah pendirian tidak konsisten mereka yang meyokong pengecualian dan membantah diskriminasi kaum. Sebagai contoh, KOMAS dalam lapuran tahunan “Malaysian Racial Discrimination” telah mengklasifikasikan mana-mana pihak termasuk YAB Tan  Sri Hj Muhyiddin Yassin (Lapuran 2015) yang mempertahankan hak melayu/ bumiputera sebagai satu perlakuan diskriminasi kaum (“racial discrimination). Tetapi apabila mengkehendakkan pengratifikasian ICERD berhujah sebaliknya bahawa Artikel 153 dikecualikan mengikut peruntukan ICERD. Kalau kita lihat Artikel ICERD tersebut, dengan nyata mengatakan pengecualian di bawahnya tidak boleh dianggap sebagai satu diskriminasi kaum. Mereka sebenarnya berhujah bahawa satu perbuatan itu adalah diskriminasi dan bukan diskriminasi pada masa yang sama. Adalah jelas pendirian dan hujah mereka bercanggah, tidak konsisten dan tidak jujur (disingenuous).
 
Bantahan
 
Oleh itu, kami membantah/ menolak sekeras-kerasnya ratifikasi ICERD kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan menghapuskan institusi MARA, MRSM, UITM dan sebagainya.Perundingan awam perlu dilakukan dengan segera dan perkenan Majlis Raja-Raja perlu diperolehi. Raja-Raja tidak boleh dibelakangkan. Artikel 153 perlu dipinda sebelum ratifikasi ICERD boleh dilakukan.

___________________________
[1]Artikel 1-7 ICERD
[2]Ibid
[3]Page 18



Today: Puteh Jerineh is counting on you

Puteh Jerineh Ramli needs your help with “Pendokong Perlembagaan: Bantahan Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa ICERD”. Join Puteh Jerineh and 177,961 supporters today.