Pemulangan Semula Pentadbiran Skim Sistem Maklumat (F) dari MAMPU ke JPA

Pemulangan Semula Pentadbiran Skim Sistem Maklumat (F) dari MAMPU ke JPA
Why this petition matters
1)Kenaikan Pangkat
Kenaikan pangkat dikalangan penjawat awam terutama Skim Gred F/FA dipandang sepi oleh pihak yang bertanggungjawab. Dimana keadilan untuk Skim Gred F/FA? Keadilan perlu ditegakkan. Sedangkan Skim lain boleh mendapat KUP.
2)Pengisian Perjawatan
Skim Gred F/FA mempunyai kekosongan di Jabatan/Agensi, namun tiada pengisian dilakukan serta pengambilan baharu tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Skim Gred F/FA juga mempunyai kepentingan. Pada masa ini juga masih ada agensi yang masih tidak diisi tetapi waran perjawatan masih ada.
3) Pertukaran
Isu ini telah menjadi lumrah dan sering kali dipandang ringan. Pertukaran ke Negeri, pertukaran dalam daerah yang sama juga mengambil masa untuk dilaksanakan. Adakah Jabatan yang bertanggungjawab tidak mempunyai pegawai yang melihat dan melaksanakan pertukaran ini. Pegawai bertanggungjawab juga susah dihubungi, ada kes panggilan langsung tidak dijawab walau cuba dihubungi berkali kali setiap hari selama 3 hari berturut-turut.
Rumusan
Semenjak SKIM F diuruskan oleh MAMPU, SKIM F menjadi tidak terurus. Adalah rasanya lebih baik SKIM F ini MAMPU pulangkan semula pentadbiraannya kepada JPA yang sememangnya lebih berpengalaman apabila menguruskan SKIM F ini atau apa-apa perjawatan