Petition Closed

Hapuskan Sistem Musyrif

This petition had 25 supporters


Sistem Mushrif sejak dilaksanakan gagal menunjukkan kepentingan pelaksanaannya kpd keseluruhan warga Malaysia di Mesir dan menyebabkan ahli yang gagal menggunakan sistem ini dilihat sebagai akhawat yg tidak menjaga maruah serta ikhwah yg kerek.

Sistem mushrif perlu dihapuskan atas beberapa rasional:

1) Sistem Musyrif yg berkuatkuasa telah menimbulkan Petition Boikot Akhawat Perubatan yg gagal menggunakan sistem ini.

2) Pihak JAKSI telah disusahkan dgn penguatkuasaan sistem yg tidak dihargai ahli. Jadual musyrif gagal menyediakan musyrif yg mahu berkhidmat. Jarang2 sekali musyrif bertugas dapat dihubungi dan seterusnya mereka menjadi mangsa umpatan dan su'u addzon akhawat. Justeru JAKSI boleh fokus kpd kerja2 lain

3) Hanya ikhwah yg sering dapat dihubungi sahaja yg akan dihubungi akhawat. Justeru ini menyusahkan ikhwah tersebut sekaligus mewujudkan jurang dan umpat2 belakang berdasarkan label ikhwah baik dan ikhwah culas. Tidak kurang juga sistem ini telah menimbulkan suasana yg tidak harmoni dlm kalangan ikhwah dan akhawat. Sekali lagi, mengumpat itu dosa besar dan langkah membawa ke arahnya perlu dihapuskan.

4) Sistem ini menyusahkan akhawat dalam merancang perjalanan. Tekanan emosi dirasai dalam merancang perjalanan dan tekanan emosi kedua dirasai setelah dilabel dgn gelaran bukan2 akibat kegagalan mendapatkan khidmat musyrif.

5) Sistem ini membantutkan niat baik akhawat utk ke Masjid Azhar bagi kelas talaki pada malam hari, dan kelas-kelas lain seperti Kelas Qiraat di Nadi Sikkah, Kelas Bahasa Arab di Madinah Nasr dan Kelas Al-Quran di sekitar Hussein serta tuisyen2 di area Manyal.

6) Masyarakat Arab menyangka akhawat Malaysia ke luar bersama2 rakan lelaki seterusnya pulang pada lewat malam dan ini adalah sistem yg boleh mencalarkan imej rakyat Malaysia.

Melainkan ada pihak2 yang boleh tampil dgn alasan paling rasional utk sistem ini dikekalkan, marilah bersama2 kita #HapuskanSistemMusyrif



Today: Hafiz Adam is counting on you

Hafiz Adam Azlan needs your help with “Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir: Hapuskan Sistem Musyrif”. Join Hafiz Adam and 24 supporters today.