Victory

Jangan jadikan Brinchang lebih sesak! Kenapa benarkan pemaju swasta LBS tutup parking bas?

This petition made change with 404 supporters!


Kepada: 

  1. Pegawai Daerah Cameron Highlands
  2. Yang Di-Pertua Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)
  3. Jurutera Daerah JKR Cameron Highlands
  4. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands

Tuan,

Bantahan Terhadap Penutupan Parking Bas di Hadapan IPD Cameron Highlands Oleh Syarikat Pemaju LBS

Kami yang bertandatangan di bawah ingin membantah tindakan jabatan-jabatan kerajaan seperti di atas yang membenarkan syarikat pemaju LBS menutup parking-parking bas di hadapan IPD Cameron Highlands di Brinchang. Antara persoalan kami:

  • bagaimanakah kebenaran kepada LBS diberi untuk menutup parking bas? Jika keputusan ini dibuat di mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Daerah, bolehkah MDCH berikan senarai Ahli-Ahli majlis yang menyokong penutupan parking bas?
  • adakah penutupan parking bas ini dibincang di Mesyuarat Tindakan Daerah? Jika ya, apakah keputusannya?
  • apakah ulasan yang diberikan oleh setiap jabatan kerajaan yang berkaitan berkenaan penutupan parking bas ini?
  • adakah keputusan ini dibincangkan dengan penduduk?
  • adakah kesesakan lalulintas di Brinchang ada diambil kira sebelum penutupan parking bas ini?
  • mengapakah syarikat LBS boleh bertindak sesuka-hati di Cameron Highlands tanpa kawalan? Bagaimanakah kem askar di Brinchang boleh dijual kepada sebuah syarikat swasta seperti LBS?

Kami berharap tuan dapat menjawab persoalan-persoalan seperti di atas dan seterusnya dapat mengarahkan supaya LBS membuka semula parking bas yang telah ditutup di Brinchang.

Cameron Highlands untuk 99% penduduk dan bukannya 1%.



Today: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands is counting on you

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands needs your help with “Parti Sosialis Malaysia, Cawangan Cameron Highlands: Jangan jadikan Brinchang lebih sesak! Kenapa benarkan pemaju swasta LBS tutup parking bas?”. Join Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands and 403 supporters today.