Bantahan menjadikan Bangunan Baru SRA Al Furqan P11 kpd Sek Integrasi Rendah Agama Jawi

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Parent Alfurqan started this petition to Parent Sra Al Furqan

Assalamualaikum

Tuan/Puan sekalian

*CADANGAN MENGEKAL SRA AL FURQAN DI BANGUNAN BARU ABDULLAH IBN MAS'UD ATAU BANGUNAN LAMA BAGI KEMASUKKAN TAHUN 1/2020 DAN TAHUN SETERUSNYA.

* mohon ibubapa isi petition bagi di ajukan kepada Jawi

1.KAMI SETUJU SRA AL FURQAN DIKEKALKAN DI BANGUNAN BARU ATAU LAMA. KAMI MENOLAK SRA AL FURQAN DIGANTIKAN DENGAN KAFA.

2.KAMI SETUJU SRA AL FURQAN KEKAL DI BANGUNAN BARU SEPENUHNYA DENGAN TERDAPAT SEMUA KELAS TAHUN 1-TAHUN 6 TANPA MENJADIKAN BANGUNAN BARU SRA AL FURQAN SEBAGAI SEKOLAH INTEGRASI RENDAH JAWI PADA MASA AKAN DATANG.

3.JIKA SRA AL FURQAN KEKAL DI BANGUNAN BARU IANYA MEMBERI RUANG DAN PELUANG KEPADA LEBIH RAMAI IBU BAPA DI PRESINT 11 MEMOHON KEMASUKKAN SRA AL FURQAN UNTUK LEBIH RAMAI PELAJAR (boleh wujudkan lebih daripada 2 kelas).

 

Kronologi Perwujudan Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (SIRAJ)


Pada 1 Ogos yang lalu, pihak Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Furqan Presint 11 telah memaklumkan bahawa tawaran kemasukan pelajar Tahun 1/2020 telah TERBATAL. Ini adalah kerana pihak JAWI ingin membuka Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (SIRAJ) bagi tahun 1 sesi 2020 di bangunan baru SRA Abdullah Ibn Mas'ud Presint 11. Disebabkan itu SRA AL FURQAN akan dipindahkan di bangunan yang sama tetapi hanya terdapat kelas bermula dari tahun 2 hingga tahun 6 sahaja (pelajar sedia ada).


Bagi kelas tahun 1 semua pelajar yang mendapat tawaran terpaksa membuat permohonan semula secara atas talian dan terpaksa melalui ujian kemasukkan. Permohonan ini terbuka kepada seluruh Putrajaya dan penempatan hanya untuk 60 orang pelajar sahaja. Ini tidak adil bagi pelajar yang telah berjaya mendapat surat tawaran dari SRA AL-FURQAN. Mereka terpaksa bersaing semula dengan persaingan yang terlalu ramai untuk mendapatkan tempat di SIRAJ nanti, jika GAGAL mereka tidak berpeluang memasuki sekolah agama SIRAJ dan mana-mana SRA. Tetapi bagi pelajar SRA di Presint lain yang memohon kemasukan ke SIRAJ jika mereka tidak berjaya ke SIRAJ mereka masih ada peluang untuk belajar di SRA yang ditawarkan sebelum ini. Ibu Bapa difahamkan SRA di Presint lain tidak terlibat dengan gabungan SIRAJ oleh pihak JAWI. Hal ini membuatkan berlaku ketidak adilan bagi pelajar yang dah berjaya mendapat tawaran di SRA AL FURQAN bagi tahun 1/2020.

Kesan jangka panjang jika SIRAJ diwujudkan.


1. Tiada pengambilan pelajar baru bagi Tahun 1 sesi 2020 dan tahun berikutnya. SRA Al Furqan hanya mengekalkan pelajar sedia ada pada tahun 2020( pelajar tahun 1-tahun 6 yang bersekolah di SRA pada tahun 2019).

2. Permohonan ke SRA Al Furqan telah dibatalkan bagi kemasukkan Tahun 1 sesi 2020,pelajar perlu memohon semula bagi kemasukkan ke SIRAJ.

3. Komuniti Presint 11 pada masa akan datang jika ingin menghantar anak ke Sekolah Rendah Agama perlu memohon ke SRA Mahmodiah dan SRA An Najah  serta perlu  bersaing dengan penduduk di sekitar presint 18  dan presint 9.


4. Ibu bapa yang mempunyai satu (1) atau dua(2) orang anak di SRA Al Furqan terpaksa menghantar anak ke SRA Mahmodiah dan SRA An Najah bagi kemasukkan baru serta perlu bersaing dengan penduduk di sekitar presint 18 dan Presint 9.

5.Ibu bapa juga terbeban dengan kos penghantaran, jarak dan masa yang perlu diambil untuk menghantar anak-anak ke SRA Mahmodiah dan SRA An Najah serta Harga pengangkutan ke sekolah adalah  RM90 sehala dan lingkungan jarak adalah kurang dari 3KM.

6. Kuota kelas kafa  di sekitar sekolah presint 11 adalah terhad,ibu bapa sedia maklum bahawa silibus SRA adalah dari JAWI dan silibus Kafa adalah daripada JAKIM. Masalah kekurangan guru kafa dan masalah pengurusan kafa menyebabkan Ibu bapa kepada pelajar-pelajar telah membuat keputusan dan memilih SRA dari KAFA yang sedia ada di sekolah kerana mereka tahu silibus SRA sangat bagus untuk ilmu akhirat anak-anak mereka. Selain itu di SRA pelajar-pelajar dapat pengawasan dan perhatian sepenuhnya dari guru-guru di sekolah.


7. Kuota SIRAJ hanya untuk 60 orang pelajar sahaja dan perlu bersaing dengan seluruh komuniti di Putrajaya.


8. Tiada lagi SRA Al Furqan Presint 11 yang dibanggakan oleh komuniti presint 11 sebagai Sekolah Terbaik Pencapaian Peperiksaan UPKK.


Kesan baik jika SRA Al Furqan di kekalkan di bangunan baru.


1. Lebih banyak kelas dapat diwujudkan bagi setiap peringkat ( Tahun 1- Tahun 6). Ibu Bapa di Komuniti Presint 11 mempunyai peluang untuk memohon ke SRA Al Furqan.


2. Ibu Bapa lebih tenang dan tidak dibebankan dengan permasalahan kos penghantaran, jarak dan masa yang perlu diambil untuk menghantar ke SRA Mahmodiah dan SRA An Najah atau  sekolah kafa di sekitar putrajaya.


3. Pelajar lebih kondusif bermakna keadaan yang selesa dari segi tempat, peralatan dan ruang serta suasana pembelajaran yang tenang di Bangunan Baru.


4. Komuniti presint 11 dapat mengekalkan Sekolah Terbaik Pencapaian Peperiksaan UPKK di presint 11.



Terima kasih

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!