Saifuddin Abdullah sebagai (Menteri Pendidikan Tinggi) dan Dr Mazlee sebagai Timbalan.

0 have signed. Let’s get to 7,500!


Kami merupakan individu dan persatuan seperti tersenarai di bawah merupakan entiti non-partisan mengucapkan tahniah untuk Pakatan Harapan dengan tertubuhnya kerajaan baharu ke arah perubahan negara dan demokrasi yang lebih sihat.

1.      Kami menyambut positif agenda refomasi sistem pendidikan negara yang dibawa oleh Pakatan Harapan seperti yang tertera di dalam ucapan dan manifesto PH.

2.      Kami melihat institusi pendidikan tinggi kita perlu penambahbaikkan dari aspek kebebasan bersuara, kebebasan akademik, silibus dan sistem pendidikan yang harus ditambah maju dengan daya kreatif dan kritis, kesesuaian jurusan untuk memenuhi pasaran pekerjaan dan pembangunan modal insan.

3.      Sehubungan itu kami mahu mengusulkan suara aspirasi kami agar pihak kerajaan baharu  melantik;

DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH (Ahli Parlimen Indera Mahkota) dan DR MASZLEE BIN MALIK (Ahli Parlimen Simpang Renggam) untuk memenuhi Jawatan Menteri Pendidikan Tinggi dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

4.      Kami merasakan kedua-dua individu ini layak menjawat jawatan kerana prestasi dan latar belakang mereka yang bersih, berpengalaman dan matang. Dato' Saifuddin Abdullah berpengalaman berada di Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Timbalan Menteri dan terlibat secara langsung dalam penggubalan semula Akta Universiti & Kolej Universiti, April 19, 2012.

Dr. Maszlee Malik merupakan ahli akademik yang aktif di dalam dan luar negara membudayakan wacana politik, pendidikan, pemikiran politik Islam dan gerakan Islam kontemporari.

5.      Kami mengusulkan cadangan ini dipertimbangkan oleh pihak Pakatan Harapan untuk membina semula negara Malaysia tercinta dan mendokong partisipasi mahasiswa dalam penggubalan undang-undang serta polisi yang melibatkan kami.

---

Congratulations Pakatan Harapan for the recent success in winning the 14th Malaysian General.

Election and the formation of the new government.

1.         We welcome the reformation agendas on the Malaysian Education System as mentioned within PH Manifesto. We believe and agree that there is a paramount need in allowing more freedom in academia including more freedom of speech, a reformulation of more critical syllabus and education system in accordance to the need of the market and human development.

2.         Thus, in accordance to such aspiration, we strongly support and believe that newly formed government should elect;

DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH (Ahli Parlimen Indera Mahkota) and DR MASZLEE BIN MALIK (Ahli Parlimen Simpang Renggam) to fulfil the aforementioned positions.

3.         We feel that these two individuals are well qualified as their performance and background are clean, experienced and mature. Dato' Saifuddin Abdullah is experienced in the Ministry of Higher Education as Deputy Minister and is directly involved in the re-enactment of the Universities and University Colleges Act, April 19, 2012.

Dr. Maszlee Malik is an internationally active academic practitioner specializing in political discourse, education, Islamic political thinking and contemporary Islamic movements.

4.         We hope PH will take note on our plea and hope on the matters which we have mentioned.

As students, we aspire for transformations which can bring benefits to the students and we are wholeheartedly hoping that our plea will be taken into consideration towards ensuring a better quality of Malaysian educational system.

---

DOKUMEN RASMI;

https://www.docdroid.net/kXeQ3ID/petisyen.pdf



Today: Nadi is counting on you

Nadi Mahasiswa needs your help with “Pakatan Harapan: Saifuddin Abdullah sebagai (Menteri Pendidikan Tinggi) dan Dr Mazlee sebagai Timbalan.”. Join Nadi and 5,167 supporters today.