Kembalikan Royalti, Tubuhkan Kelantan Investment Authority

0 have signed. Let’s get to 200!


Kepada semua warga Kelantan yang dikasihi dan dihormati. Saya menyeru agar kita semua menantangani petisyen ini, ini adalah suatu perancangan jangka panjang yang memerlukan seorang pemimpin yang berwawasan untuk melaksanakannya. Kita rakyat Kelantan seharusnya memikirkan masa depan anak cucu kita dan tidak terperangkap dalam pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan. Terima kasih atas pertimbangan kalian.

..................................................

Kami dengan ini ingin menuntut agar selari dengan manifesto Pakatan Harapan, untuk menghormati autonomi negeri dan mengembalikan royalti petroleum kepada negeri-negeri yang berhak, kami dengan ini ingin menuntut bayaran royalti dikembalikan kepada negeri-negeri Kelantan dan Terengganu.

Kami juga mengambil maklum akan rekod pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan telah tidak menunjukkan rekod yang baik dalam tata kelola yang menyebabkan kerisauan dan kegusaran.  Namun begitu, kami tetap percaya bahawa Kerajaan Negeri Kelantan perlu mendapat hak yang sepatutnya, iaitu pembayaran royalti petroleum, termasuk jumlah yang tertunggak sebelum ini.  Kami dengan itu menyeru Kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk agar mengambil langkah-langkah berikut.:

1. Menubuhkan sebuah 'sovereign wealth fund' (dana mahsul negara) untuk membuat tabungan demi masa depan rakyat Kelantan hasil dari bayaran royalti minyak dan gas ini.

2. Memecahkan bayaran kepada bahagian-bahagian berikut:

(a) Satu pertiga bayaran diberikan kepada kerajaan negeri untuk pembiayaan pengurusan negeri mengikut budi bicara.

(b) Satu pertiga bayaran diberikan kepada kerajaan negeri untuk pembiayaan pembangunan negeri mengikut budi bicara.

(c) Satu pertiga bayaran diberikan kepada Kelantan Investment Authority untuk dilaburkan untuk pulangan warga Kelantan di masa hadapan.

3. Kami juga menyeru agar Tuan Haji Husam Musa dilantik untuk menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Kelantan Investment Authority serta merta.

4. Kami juga menuntut agar barisan pengurusan Kelantan Investment Authority terdiri daripada golongan profesional yang amanah dan berintegriti.

5. Kami juga menyeru semua rakyat Kelantan supaya menandatangani petisyen ini agar harapan ini menjadi satu kenyataan dan masa depan negeri Kelantan bakal terjamin.

6. Akhir sekali, kami turut menyeru agar rakyat Terengganu turut mengambil langkah yang sama dengan melantik YM Raja Dato' Kamarul Bahrin untuk menguruskan Dana Mahsul Negeri Terengganu.

 



Today: Nik Azmi is counting on you

Nik Azmi bin Nik Ahmad Fathil needs your help with “Nik Azmi bin Nik Ahmad Fathil: Kembalikan Royalti, Tubuhkan Kelantan Investment Authority”. Join Nik Azmi and 133 supporters today.