5 Tuntutan Mengenai Ancaman Banjir Di Penampang !

0 have signed. Let’s get to 1,500!


Kami, Gerakan Belia Upper Moyog (GBUM) dan Warisan Kepayan Action Force (WAKAF) menggesa Perdana Menteri, Najib Razak dan Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpinnya serta Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpinnya memberi perhatian yang khusus mengenai 5 Tuntutan kami mengenai isu banjir yang semakin teruk dan kerap terjadi dibeberapa kawasan di Negeri Sabah khususnya didaerah Penampang dan Kota Kinabalu.

Tahun ini sahaja, banjir besar telah terjadi sebanyak 3 kali didaerah Penampang yang telah menyebabkan kerosakkan dan kemusnahan terhadap struktur rumah, perabot, kenderaan, pakaian, hasil tanaman, mesin, dokumen penting dan pelbagai lagi yang menjangkau nilai jutaan ringgit.

1. Kami difahamkan bahawa sebanyak RM41 juta telahpun diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2014 untuk mengatasi masalah banjir didaerah ini : 

http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm

2. Kami juga difahamkan bahawa sebanyak RM200 juta diperlukan untuk mengatasi masalah banjir didaerah ini :

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/10/26/penampang-needs-rm200-million-to-beat-floods/

https://www.pressreader.com/malaysia/the-borneo-post-sabah/20141206/281535109317344

3. Dan kami juga difahamkan bahawa sebanyak RM268 juta telahpun diperuntukkan untuk tujuan Pelan Mitigasi Banjir Moyog :

http://www.theborneopost.com/2017/07/19/rm760-mln-from-federal-for-flood-mitigation-in-sabah-dcm/

4. Walaubagaimanapun, kejadian banjir masih lagi berlaku dikawasan Jalan Kibabaig-Minintod (kawasan yang teruk terjejas ialah Taman Shangrila/Lomunu) :

http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=104266 

Dan begitu juga dengan kawasan Kampung Kolopis dan beberapa kampung di Moyog :

https://www.nst.com.my/news/nation/2017/09/285658/heavy-rains-brought-floods-villages-penampang-kota-belud-sabah  

Dan di kawasan Lido, Taman Perumahan Oriental dan sebagainya.

 

Oleh yang demikian, kami menyenaraikan 5 Tuntutan kepada Najib Razak, Musa Aman, Kerajaan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah mengenai masalah banjir di daerah ini : 

TUNTUTAN 1 :

Pelan Mitigasi Banjir Moyog haruslah ditayangkan kepada awam agar penduduk-penduduk Penampang (terutamanya JKKK dan Ketua Kampung) dikawasan-kawasan yang sering mengalami masalah banjir besar seperti Kampung Kolopis, Nampasan, Sugud, Taman Shangrila mempunyai peluang untuk memberi maklumbalas dan komen kepada Kerajaan Negeri Sabah mengenai kejadian banjir serta cadangan projek tebatan banjir yang akan dilaksanakan dikawasan DUN Moyog; 

TUNTUTAN 2 : 

Kerja-kerja pemasangan pintu air-pasang surut (tidal floodgates) di Muara Sungai Petagas dan Sembulan untuk menghalang air pasang dari memasuki sungai Petagas serta parit Monsun di Sembulan berserta pembinaan rumah pam (pump house) mesti dilaksanakan dalam masa 3 bulan dari sekarang;

TUNTUTAN 3 : 

Wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat Penampang (mewakili Parlimen Penampang, DUN Moyog & DUN Kapayan) untuk mewakili mereka mestilah diberi peluang untuk menghadiri taklimat bencana banjir oleh Jurutera-jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Majlis Daerah Penampang yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Penampang kerana mereka ini (wakil rakyat) bertanggungjawab untuk memberikan penerangan selanjutnya kepada rakyat Penampang;

TUNTUTAN 4 :

Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah mesti menubuhkan satu Jabatan khas yang berperanan khusus untuk mengkaji dan mencari jalan penyelesaian mengenai masalah banjir di Negeri Sabah yang semakin teruk dan diterajui oleh pakar-pakar Geologi. Jabatan ini akan berkerjasama dengan Jabatan Perancangan Bandar Dan Wilayah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Daerah Tempatan. 

TUNTUTAN 5 : 

Pegawai Daerah Penampang mesti memberikan jaminan tanpa syarat bahawa kerja-kerja pembersihan/pembesaran parit di seluruh daerah Penampang akan dijalankan secara berkala mulai tahun ini dan Kerajaan Negeri Sabah mesti memberikan jaminan tanpa syarat bahawa kerja-kerja melebarkan dan mendalamkan Sungai Moyog dijalankan dalam masa 6 bulan ini. Ini adalah kerana tidak ada sebarang pampasan mengenai kerosakkan dan kehancuran yang dialami oleh rakyat Penampang dan Kerajaan Tempatan dan Negeri harus mengutamakan keselamatan dan keselesaan pembayar-pembayar cukai didaerah ini.   

 

Kami berharap agar rakyat Sabah, khususnya mereka yang tinggal didaerah Penampang yang kerap-kali mengalami masalah banjir besar akan beramai-ramai menyokong peitsyen ini dan menviralkannya. Apabila petisyen ini mencapai sasarannya kelak, kami akan membawanya ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia.

 

Terima kasih

GERAKAN BELIA UPPER MOYOG (GBUM)

WARISAN KEPAYAN ACTION FORCE (WAKAF)

 



Today: Pantau is counting on you

Pantau Penampang needs your help with “Najib Razak : SELESAIKAN Masalah Banjir Di Penampang Dengan SEGERA !”. Join Pantau and 1,324 supporters today.