Permohonan mengekalkan Jawatan En Zaffar (Pegawai penyelaras MYEP2) di PUNB Shah Alam

Permohonan mengekalkan Jawatan En Zaffar (Pegawai penyelaras MYEP2) di PUNB Shah Alam

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Danial Ikhwan started this petition to MYEP2 Participant and

Kepada: En Izwan Zainuddin

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB

Merujuk kepada petisyen di atas, kami peserta MRT Young Entrepreneur Program 2 (MYEP2) bersepakat memohon jasa baik pihak Tuan, untuk mengekalkan jawatan En  Zaffar Zainal sebagai Pegawai bertugas bagi MYEP2 di PUNB Shah Alam. Kami membuat keputusan sedemikian kerana beberapa faktor, antaranya :

1) En Zaffar ialah Pegawai yang ditugaskan bagi MRT Young Entrepreneur Programme 2 yang bermula  awal tahun 2019. Sebahagian besar dari syarikat syarikat yang diasaskan oleh program ini sedang melakukan proses '2nd disbursement', 'rollover' dan juga ada segelintir yang sedang melalui fasa pembayaran semula dibawah penyeliaan En Zaffar. 

2) Perancangan syarikat kami adalah untuk melantik En Zaffar sebagai Pegawai bertugas bagi penandatangan 'cheque' untuk 'JV operating account' MYEP2 untuk memudahkan penyeliaan dan audit antara pihak PUNB dan syarikat syarikat yang ditubuhkan dari program MYEP2. 

3) Penerangan struktur proses pinjaman dan bayaran semula oleh En Zaffar adalah paling padat, jelas dan mudah difahami oleh kesemua peserta MYEP2. En Zaffar adalah pegawai yang bukan sahaja mampu membimbing malah beliau juga banyak memberikan motivasi kepada usahawan muda dari program MYEP2 yang baru sahaja berkecimpung dalam bidang perniagaan. 

4) En Zaffar adalah Pegawai yang berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugasan, rata rata peserta program MYEP2 sangat berpuas hati atas khidmat nasihat yang diberikan semasa proses melakukan pinjaman bersama En Zaffar. Ilmu Pengetahuan En Zaffar mengenai Bidang Pembinaan dan Kontrak sangat membantu dalam proses melakukan 'disbursement'. 

Oleh yang demikian, kami amat berharap En Izwan Zainuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dapat membenarkan En Zaffar untuk terus bertugas di PUNB Shah Alam, agar segala penyeliaan syarikat syarikat dibawah MYEP2 dapat diteruskan seperti sedia kala. 

Sekian Terima Kasih. 

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!